UTHM Institutional Repository

Kesediaan pembimbing dalam pelaksanaan program pembelajaran berasaskan kerja (PBK) di Proton Holdings Berhad, Shah Alam, Selangor

Zaidon, Norhidayah (2013) Kesediaan pembimbing dalam pelaksanaan program pembelajaran berasaskan kerja (PBK) di Proton Holdings Berhad, Shah Alam, Selangor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
NORHIDAYAH_BINTI_ZAIDON.pdf

Download (521kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sama ada individu yang telah dipilih oleh pihak industri sebagai pembimbing kepada pelajar program Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) adalah bersedia atau tidak untuk memikul tanggungjawab untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Aspekaspek seperti demografi (jantina, umur dan tahap pendidikan), pengalaman sedia ada (pengalaman sebagai pembimbing dan pengalaman sebagai pelajar), personaliti diri (locus of control dan upward striving), situasi (kualiti hubungan dengan penyelia dan dorongan tekanan kerja) dan faedah dan ganjaran telah dikaji. Kajian ini dilaksanakan secara tinjauan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 60 orang responden yang terdiri daripada pembimbing dalam pelaksanaan PBK di Proton Holdings Berhad, Shah Alam, Selangor. Analisis data yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk menjawab persoalan kajian dengan menggunakan pendekatan Model Rasch dan perisian Winstep 3.69.1.11. Analisis data adalah berdasarkan nilai min logit, min skor dan nilai Differential Group Functioning Size (DGF Size) yang melihat kepada nilai ujian t dan p. Hasil kajian mendapati responden bersetuju bahawa mereka bersedia untuk membimbing pelajar berdasarkan kelima-lima aspek tersebut iaitu demografi, pengalaman sedia ada, personalti diri, situasi dan faedah dan ganjaran. Berdasarkan nilai Differential Group Functioning Size (DGF Size) yang melihat kepada nilai ujian t dan p, terdapat perbezaan yang signifikan daripada aspek pengalaman sedia ada dan situasi berdasarkan jantina.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 20 Jun 2016 02:04
Last Modified: 20 Jun 2016 02:04
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4187
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year