UTHM Institutional Repository

Kesediaan bakal guru DPLI terhadap kursus elektromekanikal untuk mengajar di sekolah menengah: kajian di UTHM

Nordin, Norhuzayanti (2013) Kesediaan bakal guru DPLI terhadap kursus elektromekanikal untuk mengajar di sekolah menengah: kajian di UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
NORHUZAYANTI_BINTI_NORDIN.pdf

Download (129kB)

Abstract

Perkembangan pendidikan begitu pesat, mencabar dan canggih, memerlukan perhatian serius dalam kalangan guru. Maka tugas sebagai bakal guru di Malaysia kini kian mencabar. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan khusus untuk mengenal pasti kesediaan bakal guru DPLI terhadap kursus elektromekanikal untuk mengajar kursus kemahiran Teknikal di sekolah menengah. Ini adalah kerana keseluruhan bakal guru DPLI dalam kumpulan ini mempunyai latar belakang pendidikan yang pelbagai iaitu bidang kimia, fizik, dan biologi yang tidak berkaitan dalam bidang teknikal. Kajian ini melibatkan 145 orang yang dipilih secara rawak daripada jumlah populasi seramai 245 orang guru DPLI. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah boring soal selidik. Data dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) dan dipersembahkan dalam kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian mendapati bahawa kebanyakan guru bersedia untuk mengajar subjek elektro mekanikal di sekolah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Hubungan di antara ketiga-tiga aspek kesediaan adalah berkorelasi secara sederhana iaitu p< 0, r=0.943 dan tidak terdapat perbezaan signifikan antara lelaki dan perempuan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 20 Jun 2016 02:03
Last Modified: 20 Jun 2016 02:03
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4189
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year