UTHM Institutional Repository

Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) bagi Mata Pelajaran Sains di Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor

Maskan, Norsyuhadah (2013) Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) bagi Mata Pelajaran Sains di Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
NORSYUHADAH_BINTI_MASKAN.pdf

Download (610kB)

Abstract

Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan PBS bagi mata pelajaran sains di sekolah kebangsaan daerah Pontian, Johor. Elemen yang akan dikaji ialah tahap kesediaan guru dan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan PBS. Jenis persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak mudah dimana sampel kajian adalah seramai 108 orang guru-guru yang terdiri daripada guru yang mengajar pelajar Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 dari 10 buah sekolah yang telah dipilih. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang akan diedarkan kepada responden. Data yang telah dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS). Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (skor min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (Ujian Mann Whitney U dan Ujian Kruskal Wallis). Dapatan kajian menunjukkan guru-guru telah bersedia untuk melaksanakan PBS di mana skor min setiap elemen adalah tinggi iaitu pengetahuan (3.88), kemahiran (3.65), sikap (3.97) serta peralatan dan kemudahan (3.84). Manakala skor min bagi masalah yang dihadapi oleh guru sewaktu melaksanakan PBS pula adalah tinggi iaitu 3.70 yang mana menunjukkan guru-guru berhadapan dengan masalah yang sama. Ujian hipotesis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan oleh guru mengikut jantina dan umur dalam pelaksanaan PBS. Kesimpulannya, guru-guru telah bersedia untuk melaksanakan PBS di sekolah kebangsaan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 20 Jun 2016 02:02
Last Modified: 20 Jun 2016 02:02
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4190
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year