UTHM Institutional Repository

Penghasilan perisian multimedia interaktif dan kesesuaiannya sebagai alat dan bahan bantu mengajar (ABBM) bagi Pelajar Pendidikan Khas Vokasional Kursus Pemasangan Motosikal

Mohd Khozam, Nur Fazliyah (2013) Penghasilan perisian multimedia interaktif dan kesesuaiannya sebagai alat dan bahan bantu mengajar (ABBM) bagi Pelajar Pendidikan Khas Vokasional Kursus Pemasangan Motosikal. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
nur_fazliyah_mohd_khozam.pdf

Download (1MB)

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan perisian multimedia dan mengenalpasti kesesuaiannya sebagai alat dan bahan bantu mengajar (ABBM) bagi pelajar pendidikan khas vokasional melalui penerimaan dan tindakbalas mereka setelah menggunakan perisian multimedia ini, penilaian guru dan pakar bidang melalui temu bual dan soal selidik. Perisian multimedia ini dibangunkan dengan menggunakan konsep model ADDIE dan berdasarkan Modul Pemasangan Roda bagi Kursus Pemasangan Motosikal. Para pelajar pendidikan khas vokasional ini merupakan pelajar istimewa yang mempunyai masalah pendengaran dan masalah pembelajaran (learning disable) namun mereka mampu menggunakan perisian multimedia seperti pelajar normal yang lain dan pada masa yang sama mereka memiliki kemahiran membaca yang baik. Dapatan hasil kajian yang dianalisis menunjukkan penerimaan dan tindakbalas pelajar pendidikan khas ini adalah positif berdasarkan nilai keseluruhan skor min yang tinggi. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya mencapai objektifnya dan perisian multimedia merupakan alat dan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk kegunaan pelajar pendidikan khas.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 16 Jun 2016 05:12
Last Modified: 16 Jun 2016 05:12
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4193
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year