UTHM Institutional Repository

Perlaksanaan prinsip lean dalam pendidikan

Mohd Sabri, Nur Hafizah (2013) Perlaksanaan prinsip lean dalam pendidikan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] PDF
NUR_HAFIZAH_MOHD_SABRI.pdf

Download (275kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap kepuasan pelajar berdasarkan aspek dalam pendidikan Lean di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Menurut pendidikan Lean, terdapat 4 aspek utama iaitu aspek maklumat, aspek aset, aspek proses dan aspek sumber manusia. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dalam menganalisis data secara deskriptif, skor min dipilih untuk mendapatkan ukuran manakala bagi inferensi, ujian ANOVA digunakan bagi mencari perbezaan di antara umur dan juga semester pengajian. Data dikumpulkan menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan sampel kajian yang terdiri daripada 230 orang pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional di mana populasinya seramai 290 orang. Data mentah dianalisis menggunakan pakej perisian Statistical Package For Social Science (SPSS). Hasil dari analisis data menunjukkan tahap kepuasan pelajar terhadap keempat-empat aspek pendidikan Lean adalah sederhana. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kepuasan pelajar mengikut umur dan juga semester pengajian secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan dari aspek aset di antara pelajar semester 2 dengan pelajar semester 3.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 16 Jun 2016 05:07
Last Modified: 16 Jun 2016 05:07
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4194
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year