UTHM Institutional Repository

Pembangunan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris menerusi Badan Beruniform PALAPES UTHM

Mohamad, Nurul Haerani (2013) Pembangunan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris menerusi Badan Beruniform PALAPES UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
NURUL_HAERANI_MOHAMAD.pdf

Download (925kB)

Abstract

Beberapa tahun kebelakangan ini isu pengangguran dalam kalangan siswazah di Malaysia seringkali dipaparkan oleh pihak media massa. Beberapa andaian timbul berikutan isu ini seperti graduan yang dikeluarkan oleh universiti tempatan tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kerajaan dalam usaha untuk menghasilkan kualiti graduan yang dapat memenuhi keperluan industri yang tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) menggunakan aktiviti kokurikulum sebagai satu saluran untuk menerapkan kemahiran insaniah termasuklah kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penerapan, kesedaran dan penguasaan pelajar mengenai kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris menerusi kokurikulum badan beruniform PALAPES UTHM berdasarkan elemen-elemen kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris. Responden yang dipilih terdiri daripada 88 orang Pegawai Kadet PALAPES peringkat Senior. Kajian ini dijalankan secara kajian kes dengan menggunakan instrumen analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan borang soal selidik. Data yang dikumpulkan telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 20.0 untuk memperoleh nilai min, kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan kurang penerapan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris menerusi aktiviti kokurikulum dalam PALAPES. Dapatan kajian juga menunjukkan Pegawai Kadet PALAPES peringkat Senior sedar akan penerapan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris ini, tetapi kurang menguasai kemahiran ini menerusi badan beruniform PALAPES UTHM. Pengkaji mencadangkan agar pihak badan beruniform PALAPES melakukan perubahan terhadap sistem pengurusan latihan PALAPES supaya bersifat lebih komprehensif dan lebih fleksibel.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 16 Jun 2016 05:02
Last Modified: 16 Jun 2016 05:02
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4196
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year