UTHM Institutional Repository

Amalan pembacaan berkesan dalam Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Salim, Nurul Shahira (2013) Amalan pembacaan berkesan dalam Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
NURUL_SHAHIRA_BTE_SALIM.pdf

Download (158kB)

Abstract

Membaca adalah sangat penting dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan seseorang. Bagi para pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional memerlukan lebih banyak membaca kerana mereka merupakan bakal guru yang akan menyampaikan maklumat serta pelbagai ilmu pengetahuan untuk generasi akan datang. Kajian berkonsepkan tinjauan ini dijalankan sepenuhnya di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan pembacaan pelajar PTV, pengaruh utama jenis bahan bacaan terhadap amalan pembacaan berkesan, faktor utama yang mempengaruhi amalan pembacaan berkesan, strategi utama membaca yang dapat membantu meningkatkan amalan pembacaan berkesan serta hubungan di antara strategi membaca dengan amalan membaca. Seramai 165 orang pelajar Sarjana PTV dijadikan sebagai responden kajian. Dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian, data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 16.0 melalui kaedah deskriptif dan analisis korelasi Spearman’s Rho. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan membaca di kalangan pelajar Sarjana PTV adalah berada di tahap sederhana. Hal ini disebabkan kurangnya minat serta amalan terhadap aktiviti membaca. Di samping itu, dapatan bagi hipotesis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan secara statistik di antara strategi membaca dengan amalan membaca dalam kalangan pelajar Sarjana PTV. Sebagai kesimpulannya, membaca membolehkan seseorang guru atau pelajar itu menimba ilmu pengetahuan daripada pelbagai sumber untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada dan menjadi contoh kepada generasi akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 16 Jun 2016 04:55
Last Modified: 16 Jun 2016 04:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4200
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year