Sidek, Sabariah (2013) Hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar-pelajar kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia (KVKPM). Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
![]()
|
PDF
SABARIAH_SIDEK.pdf Download (3MB) |
|
![]() |
PDF (Full Text)
HUBUNGAN_KECERDASAN_EMOSI_DENGAN_PENCAPAIAN_AKADEMIK__KAJIAN_DI_KALANGAN_PELAJAR_SARJANA_MUDA_KEJU_full.pdf Download (4MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis dimensi kecerdasan emosi pelajar serta hubungannya dengan pencapaian akademik. Seramai 261 pelajar-pelajar yang mengambil pemeriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kolej Vokasional Zon Selatan iaitu di Kolej Vokasional Kluang, Kolej Vokasional Seremban dan Kolej Vokasional Melaka. Mereka dipilih secara rawak sistematik. Satu set soal selidik telah digunakan untuk kajian ini. Soal selidik merupakan instrumen utama yang akan digunakan untuk menentukan tahap kecerdasan emosi pelajar Kolej Vokasional Kluang. Soal selidik yang dibangunkan akan dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian A, dan bahagian B. Bagi bahagian B, soalan-soalan soal selidik diadaptasikan daripada kajian-kajian yang lepas yang berkaitan dengan kecerdasan emosi dan pencapaian akademik pelajar. Dalam soalan soal selidik, dimasukkan lima domain penting dalam kecerdasan emosi (kompetensi diri dan kompetensi sosial), iaitu motivasi, kawalan kendiri, kesedaran kendiri, kemahiran sosial dan kepentingan orang ramai (empati). Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.951. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai kepada jenis- jenis dimensi kecerdasan emosi. Manakala statistik inferensi iaitu analisis Kolerasi Spearman digunakan untuk menunjukkan hubungan antara pemboleh ubah iaitu hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik. Analisis menggunakan perisian SPSS menunjukkan terdapatnya hubungan dengan signifikan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar iaitu pada nilai -0.007. Secara keseluruhannya, pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi berpotensi untuk memperolehi pencapaian akademik yang lebih baik.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion |
Depositing User: | Normajihan Abd. Rahman |
Date Deposited: | 16 Jun 2016 04:50 |
Last Modified: | 30 Sep 2019 02:57 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4204 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
![]() |
View Item |