UTHM Institutional Repository

Penggunaan sistem bangunan berindustri (IBS) bagi pembinaan bangunan dalam kalangan kontraktor di Negeri Kelantan

Tuan Nawi, Tengku Mohamad Azrin (2013) Penggunaan sistem bangunan berindustri (IBS) bagi pembinaan bangunan dalam kalangan kontraktor di Negeri Kelantan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
TENGKU_MOHAMAD_AZRIN_TUAN_NAWI.pdf

Download (829kB)

Abstract

Perlaksanaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) di Malaysia menggunakan komponen konkrit pasang siap mula diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 1964 dengan pelancaran dua projek pembinaan terawal yang terdiri daripada pembangunan Flat Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur dan Flat Rifle Range Road di Pulau Pinang kerana kelebihannya berbanding sistem konvensional. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kesesuaian kaedah IBS dari segi penawaran pembinaan bangunan di Kelantan dan tertumpu pada kontraktor di Negeri Kelantan. Seramai 40 kontraktor dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Objektif kajian adalah mengenalpasti kelebihan dan kekurangan IBS berbanding kaedah konvensional, mendapatkan pandangan dan penerimaan pihak kontraktor terhadap pemilihan penggunaan IBS dan mengenal pasti punca kegagalan penggunaan kaedah IBS di Negeri Kelantan. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan deskriptif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data yang diperlukan. Pengkaji menggunakan perisian Winsteps Version 3.69.1.11 dengan menggunakan pendekatan model Rash. Hasil analisis menunjukkan bahawa responden mengetahui kewujudan dan kelebihan serta kekurangan IBS. Pihak kontraktor juga berseiringan dengan pihak kerajaan dalam melaksanakan IBS di negeri ini dan permintaan yang kurang daripada pelanggan terhadap produk IBS menjadikan faktor kegagalan kaedah IBS di Kelantan. Hasil dapatan ini menunjukkan kelebihan-kelebihan kaedah IBS tidak dapat dinikmati dan diraih dengan maksimum oleh kontraktor. Namun, sokongan pelbagai pihak perlu diberikan perhatian bagi merealisasikan hasrat negara untuk mencapai negara maju pada tahun 2020.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH1-844 Building construction
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 27 Sep 2013 02:04
Last Modified: 27 Sep 2013 02:04
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4211
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year