UTHM Institutional Repository

Impak program latihan dalam kalangan pengusaha homestay ke arah keberkesanan pembangunan program homestay di peringkat komuniti: kajian dari perspektif pengusaha

Tengku Zahari , Tengku Noraisyah (2013) Impak program latihan dalam kalangan pengusaha homestay ke arah keberkesanan pembangunan program homestay di peringkat komuniti: kajian dari perspektif pengusaha. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
TENGKU_NORAISYAH_TENGKU_ZAHARI.pdf

Download (867kB)

Abstract

Latihan adalah satu pendekatan bagi membangunkan modal insan seperti komponen pengetahuan, kemahiran dan sahsiah diri. Komponen-komponen ini amat penting untuk mencapai kelestarian pembangunan pelancongan desa. Justeru, kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan program latihan dalam usaha meningkatkan keupayaan pengusaha homestay. Kajian berbentuk kuantitatif ini adalah menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama bagi proses pengumpulan data. Selain itu, temubual separa berstruktur juga dijalankan ke atas pengerusi homestay dan ketua kampung bagi menyokong data-data dari soal selidik. Sampel kajian ini terdiri daripada pengusaha homestay yang berada di tiga buah negeri di bawah lingkungan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Seramai 154 orang pengusaha di enam buah homestay telah terlibat dalam kajian ini. Data mentah yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 16.0, manakala data temubual dianalisis berdasarkan tema. Hasil kajian menunjukkan terdapat perubahan yang tinggi ke atas aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan motivasi pengusaha homestay selepas menjalani program latihan. Hasil kajian ini juga mendapati ciri-ciri fasilitator dan rekabentuk latihan berada pada tahap yang tinggi manakala cabaran yang dihadapi semasa menghadiri program latihan hanya berada pada tahap yang sederhana dalam mempengaruhi kesesuaian program latihan. Justeru, beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak tertentu telah dikemukakan dalam kajian ini dalam merangka dan menganjurkan program-program latihan pada masa-masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 16 Jun 2016 04:39
Last Modified: 16 Jun 2016 04:39
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4212
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year