UTHM Institutional Repository

Persediaan pelaksanaan learn and work assignment (LWA) dalam sesi latihan industri untuk pelajar Kejuruteraan Mekanikal di POLIMAS

Wan Zakaria, Wan Abdul Hakim (2013) Persediaan pelaksanaan learn and work assignment (LWA) dalam sesi latihan industri untuk pelajar Kejuruteraan Mekanikal di POLIMAS. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
WAN_ABDUL_HAKIM_WAN_ZAKARIA.pdf

Download (1MB)

Abstract

Learn and Work Assignment (LWA) merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam mendapatkan penganugerahan sijil kemahiran daripada Jabatan Sumber Manusia. Model ini dibangunkan dan sesuai digunakan di industri bagi keperluan mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia yang menjadi sesuatu yang penting dalam kebolehpasaran kerja pada masa kini. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menentukan kesesuaian pelaksanaan Learn and Work Assignment (LWA) untuk pelajar-pelajar yang menjalani latihan industri. Melalui kajian ini, lima elemen yang terkandung dalam Learn and Work Assignment (LWA) telah dikaji penerapannya di dua industri yang berbeza iaitu industri Multi-National dan Small Medium Enterprise (SME). Kajian ini berbentuk kuantitatif yang melibatkan pengedaran soal selidik kepada sampel responden yang dipilih. Sampel difokuskan kepada pelajar yang telah menjalani latihan industri di Multi-National dan Small Medium Enterprise (SME). Aras signifikan yang telah ditetapkan adalah pada 0.05 dan data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 16.0 untuk mendapatkan nilai peratusan, skor min dan statistik inferensi. Berdasarkan analisis kajian berpandukan persoalan-persoalan kajian yang telah dibina, keputusan kajian mendapati bahawa elemen Learn and Work Assignment (LWA) adalah lebih diterapkan di industri Multi-National berbanding Small Medium Enterprise (SME). Namun, aras penerapan elemen-elemen tersebut masih berada pada tahap yang sederhana bagi kedua-dua industri. Secara keseluruhan kajian mendapati kedua-dua industri masih belum bersedia dalam pengimplementasian Learn and Work Assignment (LWA) terhadap pelajar-pelajar yang menjalani latihan industri.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 16 Jun 2016 04:35
Last Modified: 16 Jun 2016 04:35
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4213
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year