UTHM Institutional Repository

Hubungan kecerdasan emosi dan gaya pembelajaran dengan prestasi akademik pelajar UTHM

Saring, Alifah (2012) Hubungan kecerdasan emosi dan gaya pembelajaran dengan prestasi akademik pelajar UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
ALIFAH_BT_SARING.pdf

Download (1MB)

Abstract

Keupayaan pelajar dalam mengenal pasti kecerdasan emosi dan gaya pembelajaran yang sesuai dapat meningkatkan pencapaian dan juga membawa pelajar ke tahap yang lebih cemerlang. Gangguan dan ketegangan emosi yang berterusan mempengaruhi tingkah laku, sikap, kebolehan dan keadaan psikologi pelajar. Kemerosotan pencapaian akademik pelajar disebabkan mereka gagal menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran juga tidak mempunyai gaya pembelajaran yang betul. Kajian ini mengkaji kecerdasan emosi dan kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kajian ini melihat adakah terdapat hubungan antara kecerdasan emosi dan gaya pembelajaran terhadap pencapaian akademik pelajar. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik skala empat mata bagi mengukur lima domain kecerdasan emosi dan tiga kategori gaya pembelajaran. Bagi melihat kecerdasan emosi dan gaya pembelajaran yang paling dominan, skala empat mata dikelaskan kepada skor min tiga mata dengan pembahagian kelas rendah, sederhana dan tinggi. Lima domain kecerdasan emosi oleh Goleman adalah domain kesedaran kendiri, pengurusan emosi kendiri, motivasi, empati dan kemahiran sosial. Tiga kategori gaya pembelajaran oleh Dunn dan Dunn adalah persekitaran, sosiologi dan psikologi. Dapatan kajian menunjukkan empati merupakan domain kesedaran emosi paling tinggi dan aspek persekitaran merupakan domain gaya pembelajaran yang paling tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dan kecerdasan emosi. Hubungan yang signifikan juga wujud antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar. Namun tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 16 Jun 2016 04:34
Last Modified: 16 Jun 2016 04:34
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4215
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year