UTHM Institutional Repository

Kerjasama Institusi Pendidikan–Industri di Politeknik Merlimau

Amin, Fatimatuzzahro (2012) Kerjasama Institusi Pendidikan–Industri di Politeknik Merlimau. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
FATIMATUZZAHRO_AMIN.pdf

Download (870kB)

Abstract

Jalinan kerjasama antara institusi pendidikan dan industri adalah penting bagi melestarikan pembangunan sistem pendidikan negara di samping dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan juga turut memberi penekanan kepada hubungan akedemia – industri dengan menggariskan agenda ini sebagai salah satu daripada intipati pelan strategik pengajian tinggi nasional. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti sejauh manakah tahap kesedaran tenaga pengajar terhadap program kerjasama institusi pendidikan – industri yang di jalankan di Politeknik Merlimau. Kajian ini di fokuskan kepada aspek program kerjasama yang dijalankan, tahap pengurusan program dan kebaikan yang diperolehi daripada progam kerjasma ini. Penyelidik menggunakan kaedah tinjaun dengan instrumen soal selidik dan di bantu oleh temubual. Seramai 150 responden yang terdiri daripada tenaga pengajar. Penyelidik menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 17 untuk mencari kekerapan, skor min dan peratusan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan, program kerjasama yang umum dijalankan dan di ketahui oleh reponden ialah latihan industri pelajar, lawatan pembelajaran ke industri dan penyelidikan innovasi produk baru. Skor min menunjukkan tahap pengurusan program kerjasama juga adalah tinggi. Program kerjasama ini dapat memberi kebaikan kepada pelajar, institusi pendidikan dan industri. Secara kesimpulanya, pihak institusi perlu mempelbagaikan lagi jenis program kerjasama dan melibatkan tenaga pengajar dengan lebih menyeluruh Justeru itu, program kerjasama ini adalah penting untuk di laksanakan serta perlu di pertingkatkan lagi untuk pembangunan pendidikan dan ekonomi negara.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 16 Jun 2016 04:25
Last Modified: 16 Jun 2016 04:25
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4218
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year