UTHM Institutional Repository

Kesan penggunaan peta minda dalam pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah

Mohd. Ismail, Haslina (2012) Kesan penggunaan peta minda dalam pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
HASLINA_BINTI_MOHD._ISMAIL.pdf

Download (895kB)

Abstract

Peta minda merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Peta minda dapat menarik minat dan meningkatkan tahap pemahaman pelajar mengenai sesuatu konsep, maklumat, fakta dan sebagainya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan peta minda terhadap mata pelajaran Sejarah bagi pelajar Tingkatan Dua tahun 2012 di SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor. Kajian ini menggunakan instrumen ujian pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca. Terdapat dua kumpulan sampel kajian iaitu 30 subjek kumpulan kawalan dan 30 subjek kumpulan eksperimen. Data-data dianalisis menggunakan Model Pengukuran Rasch perisian Winsteps Version 3.69.1.11. iaitu min purata tahap pencapaian dan min logit kumpulan. Analisis Rasch menunjukkan dalam ujian pra tidak terdapat perbezaan yang ketara pencapaian Sejarah antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen dengan min purata tahap pencapaian kumpulan kumpulan kawalan adalah 0.46 dan min purata tahap pencapaian kumpulan eksperimen adalah 0.47. Min logit kumpulan kawalan adalah -0.22 dan min logit kumpulan ekperimen -0.15. Analisis ujian pasca antara kedua-dua kumpulan menunjukkan min purata tahap pencapaian pelajar kumpulan eksperimen adalah 0.65 berbanding min purata tahap pencapaian kumpulan kawalan 0.61 serta min logit kumpulan kawalan adalah 0.56 dan min logit kumpulan eksperimen adalah 0.78. Hasil kajian menunjukkan penggunaan peta minda telah meningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
L Education > LC Special aspects of education > LC0008 Forms of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 13 Jun 2016 09:14
Last Modified: 13 Jun 2016 09:14
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4222
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year