UTHM Institutional Repository

Kerangka amalan jaminan kualiti bagi pelaksanaan pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (accreditation of prior experiential learning) di Malaysia

Hashim, Hilsha (2012) Kerangka amalan jaminan kualiti bagi pelaksanaan pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (accreditation of prior experiential learning) di Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
HILSHA_BINTI_HASHIM.pdf

Download (272kB)

Abstract

Pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu atau accreditation of prior experiential learning (APEL) adalah satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu yang diperolehi melalui pembelajaran formal, bukan formal atau tidak formal. Namun begitu, APEL masih lagi di dalam proses pembangunan sistem pelaksanaan yang lengkap. Justeru itu, kajian ini memberi fokus kepada pembangunan kerangka amalan jaminan kualiti bagi pelaksanaan sistem APEL di Malaysia di samping mengenalpasti domain amalan jaminan kualiti yang terlibat. Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif ini menggunakan instrumen soal selidik yang ditriangulasikan dengan instrumen temubual. Seramai 62 orang sampel daripada 80 orang populasi menjawab soal selidik yang diedarkan ke 6 buah lokasi iaitu MQA, OUM, UNIRAZAK, AeU, UKM dan UTM serta 3 orang pakar dari UNIRAZAK, OUM dan MQA dipilih untuk ditemu bual bagi menyokong dapatan kajian. Seterusnya, data yang dikumpulkan dianalisis berbantukan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 17. Dapatan kajian mendapati 10 domain yang dikaji jaminan kualitinya bagi pelaksanaan sistem APEL di Malaysia mempunyai kepentingan. Hasil pemeringkatan mengikut kepentingan adalah bermula dengan penubuhan sistem rekod pelajar, perkhidmatan sokongan calon, pembangunan kurikulum, peruntukan sumber, pembiayaan proses, polisi institusi, pendekatan kualiti, penilaian proses penyediaan, pemilihan pegawai penilai dan kaedah penilaian. Selain itu, sebuah kerangka amalan jaminan kualiti bagi pelaksanaan sistem APEL telah dibangunkan di akhir kajian ini melalui hasil maklum balas responden dan sintesis hasil analisis. Pengkaji berharap agar satu kajian Delphi yang terancang dijalankan bagi memantapkan lagi kerangka amalan jaminan kualiti ini dalam usaha untuk membentuk satu panduan piawai bagi pelaksanaan amalan jaminan kualiti dan hasilnya boleh diguna bersama di Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 13 Jun 2016 09:13
Last Modified: 13 Jun 2016 09:13
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4223
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year