UTHM Institutional Repository

Kebolehpasaran graduan bermasalah pendengaran bidang hospitaliti dalam industri hospitaliti di Malaysia

Tormudzi, Intan Nazrifa (2012) Kebolehpasaran graduan bermasalah pendengaran bidang hospitaliti dalam industri hospitaliti di Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
INTAN_NAZRIFA_BT_TORMUDZI.pdf

Download (175kB)

Abstract

Sasaran kerajaan untuk menerima 36 juta ketibaan pelancong pada tahun 2020 memerlukan kira-kira 497,000 tenaga kerja dalam sektor pelancongan. Dalam jumlah itu, 65 peratus daripada tenaga kerja memerlukan mereka yang berkelayakan sijil. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memperkenalkan progam Sijil Kemahiran Khas Politeknik dalam Pengurusan Hotel & Katering pada tahun 2002. Kajian berbentuk deskriptif ini mengkaji kebolehpasaran graduan bermasalah pendengaran dalam industri hospitaliti di Malaysia dengan mengkaji impak pendidikan kemahiran khas terhadap kerjaya graduan bermasalah pendengaran dalam industri hospitaliti, tahap minat mereka dan juga mengkaji halangan yang menghadkan peluang graduan ini untuk bekerja dalam industri hospitaliti. Kajian ini melibatkan 70 orang responden yang merupakan graduan bermasalah pendengaran program Kemahiran Khas Pengurusan Hotel dan Katering di PIS dan juga 30 orang pengurus sumber manusia dari industri hospitaliti. Menggunakan soal selidik dan temu bual sebagai instrumen kajian, data dianalisa dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Version 17.0 bagi mendapatkan nilai peratusan, kekerapan dan purata skor min. Hasil dapatan menunjukkan impak pendidikan yang positif terhadap kerjaya graduan bermasalah pendengaran (Min=4.09). Tahap minat graduan juga berada pada tahap yang tinggi (Min=4.12). Halangan dan kekangan terdiri daripada masalah komunikasi, perasaan rendah diri, kekurangupayaan mereka dan layanan industri berada pada tahap yang tinggi (Min= 3.89). Dapatan ini juga disokong dengan dapatan dari temubual yang dijalankan. Secara keseluruhannya, walaupun pendidikan kemahiran khas membantu graduan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta mempunyai minat untuk bekerja dalam industri, halangan dan kekangan yang ada menyebabkan tidak semua graduan berpeluang bekerja dalam industri hospitaliti. Majikan dalam industri hospitaliti diharapkan dapat mengubah persepsi terhadap golongan ini kerana mereka mempunyai kelayakan dan mampu bekerja dalam industri hospitaliti sekiranya diberi peluang.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 13 Jun 2016 09:11
Last Modified: 13 Jun 2016 09:11
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4224
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year