UTHM Institutional Repository

Gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar bagi mata pelajaran sains

Subawi@Fendi, Irrinna Shakinah (2012) Gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar bagi mata pelajaran sains. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
IRRINNA_SHAKINAH_SUBAWI@FENDI.pdf

Download (517kB)

Abstract

Gaya pembelajaran merupakan salah satu elemen yang sangat penting bagi memastikan seseorang pelajar itu dapat belajar dengan baik. Permasalahan yang sering dihadapi kini ialah tahap pencapaian pelajar yang kurang cemerlang. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua di empat buah sekolah menengah kawalan di sekitar daerah Batu Pahat, Johor. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat perbezaan gaya pembelajaran berdasarkan jantina pelajar serta membuat perbandingan gaya pembelajaran antara pelajar berbeza gred pencapaian. Seramai 120 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk tinjauan dan menggunakan instrumen soal selidik dengan skala lima mata bagi mengukur lima kategori gaya pembelajaran. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini hasil adaptasi dari Inventori Model Gaya Pembelajaran yang dibina oleh Dunn, R., Dunn, K. & Peerin, J (1978). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Model Pengukuran Rasch menggunakan perisian Winstep versi 3.69.1.11. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.74. Dapatan kajian mendapati kategori Emosional (min 3.98) adalah gaya pembelajaran yang paling dominan diamalkan oleh responden kajian. Kategori yang kedua adalah kategori Sosiologikal (min 3.96), diikuti ketiga ialah kategori Psikologikal (min 3.79), keempat ialah kategori Fizikal (min 3.57) dan kelima oleh kategori Persekitaran (min 3.32). Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada gaya pembelajaran dimensi Persekitaran, Emosional, Fizikal dan Sosiologikal berdasarkan jantina pelajar kecuali pada gaya pembelajaran Dimensi Psikologikal dengan nilai t = ±3.01 dengan nilai p<0.05 ( p = 0.0027). Didapati pelajar berbeza gred pencapaian mempunyai pola gaya pembelajaran agak sama.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 13 Jun 2016 09:10
Last Modified: 13 Jun 2016 09:10
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4225
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year