UTHM Institutional Repository

Keberkesanan aplikasi interactive stamping tool and modelling package (ISTAMP) terhadap visual, auditori dan kinestatik (VAK) Pelajar KKTM Balik Pulau

Suparman, Muhammad Ihfan (2012) Keberkesanan aplikasi interactive stamping tool and modelling package (ISTAMP) terhadap visual, auditori dan kinestatik (VAK) Pelajar KKTM Balik Pulau. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
MUHAMMAD_IHFAN_BIN_SUPARMAN.pdf

Download (908kB)

Abstract

Pembelajaran berbentuk interaktif merupakan satu kaedah di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PNP). Teknologi informasi dan komunikasi yang diaplikasikan penggunaannya dengan penghasilan Interactive Stamping Tool and Modeling Pacakage (ISTAMP) berkonsepkan CD interaktif digunakan bersama model di bawah tajuk ‘Tool and Die Construction’ bagi subjek ‘Tool and Die Technology’. Penghasilan aplikasi ini adalah sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) yang akan digunakan oleh pelajar dan pengajar Tool and Die di KKTM Balik Pulau. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan aplikasi yang digunakan terhadap Visual, Auditori dan Kinestatik (VAK), psikomotor dan kognitif pelajar. Keberkesanan dari aspek kemahiran visualisasi dan kesesuaian penggunaan aplikasi ISTAMP ini kepada pelajar juga dikaji. Rekabentuk kajian adalah berbentuk kuasi eksperimen. Kaedah yang digunakan adalah pre dan post yang berlangsung selama 10 minggu dan melibatkan 36 responden yang merupakan populasi. Instrumen yang digunakan adalah soal-selidik, ujian visualisasi dan ujian pre dan post. Ujian pre dijalankan dengan satu set soalan dan set soalan yang sama digunakan dengan mengubah kedudukan soalan dan nombor soalan dalam ujian post. Data dianalisa menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 20. yang melibatkan min, sisihan piawai dan Ujian t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam VAK, psikomotor dan kognitif antara kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan. Secara keseluruhannya, pelajar menerima baik penggunaan aplikasi ISTAMP berpadanan dengan gaya pembelajaran VAK. Hasil penilaian, aplikasi ini boleh dijadikan bahan rujukan bagi membantu pelajar memahami subjek Tool and Die Technology dengan lebih baik. Pengkaji mencadangkan untuk kajian ini dijalankan pada skala yang lebih besar dengan menggunakan ujian Minnesota Paper Form Bord Test (MPFBT), Mental Cutting Test (MCT) dan Ujian Transformasi Mental bagi melihat kesan terhadap subjek-subjek kejuruteraan kepada pengkaji akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
L Education > LC Special aspects of education > LC0008 Forms of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 13 Jun 2016 09:06
Last Modified: 13 Jun 2016 09:06
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4231
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year