UTHM Institutional Repository

Kesediaan pelajar kejuruteraan UTHM dalam aspek komunikasi

Mohd Saad, Nik Nozita (2012) Kesediaan pelajar kejuruteraan UTHM dalam aspek komunikasi. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
NIK_NOZITA_MOHD_SAAD.pdf

Download (477kB)

Abstract

Kemahiran komunikasi merupakan salah satu asas yang diperlukan pada setiap mahasiswa yang bakal menamatkan pelajaran mereka dan menempatkan diri dalam alam pekerjaan. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengenalpasti kemahiran berkomunikasi, keyakinan berkomunikasi dan persepsi pelajar terhadap penerapan pensyarah terhadap kemahiran komunikasi kepada pelajar kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik dan kejuruteraan awam di UTHM. Rekabentuk penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah penyelidikan deskriptif jenis tinjauan yang melibatkan sampel seramai 260 orang pelajar kejuruteraan semester akhir di UTHM dengan menggunakan instrumen soal selidik. Data dianalisis menggunakan satistik deskriptif (min dan sisihan piawai,) dan statistik inferensi (Analisis Ujian-T Tidak Bersandar dan Analisis Korelasi Pearsons) dengan menggunakan perisian statistic Package of Sosial Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan, responden memberi maklum balas yang positif terhadap kemahiran komunikasi menerusi pengajaran dan pembelajaran di UTHM. Secara keseluruhannya pengkaji mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan responden yang berlainan jantina terhadap kemahiran komunikasi. Selain itu, terdapat hubungan yang positif bagi dapatan kajian untuk keyakinan pelajar terhadap kemahiran komunikasi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA1-163 Engineering (General). Civil engineering (General)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 12 Jun 2016 04:57
Last Modified: 12 Jun 2016 04:57
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4233
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year