UTHM Institutional Repository

Kesan penggunaan educational multifunctional programmable logic controller kit terhadap pencapaian pelajar yang berbeza gaya kognitif

Mohd Isa, Noorlin Rawaida (2012) Kesan penggunaan educational multifunctional programmable logic controller kit terhadap pencapaian pelajar yang berbeza gaya kognitif. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
NOORLIN_RAWAIDA_MOHD_ISA.pdf

Download (682kB)

Abstract

Penggunaan kit pembelajaran merupakan salah satu ABBM di dalam proses P&P bagi membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan Educational Multifunctional Programmable Logic Controller Kit terhadap pencapaian pelajar yang berbeza gaya kognitif (Field Independent & Field Dependent). Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kuasi-eksperimental. Kajian ini di jalankan di dua buah ILP iaitu ILP Pasir Gudang dan ILP Bukit Katil. Sampel kajian terdiri daripada dua kumpulan pelajar iaitu kumpulan rawatan (pelajar dari ILP Pasir Gudang) dan kumpulan kawalan (pelajar dari ILP Bukit Katil) yang masing-masing mempunyai 29 orang dan 26 orang. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra, ujian pasca, ujian GEFT, kit pembelajaran E.M.P.L.C.K. dan borang soal selidik. Data-data yang diperolehi di analisis menggunakan statistik deskriptif seperti skor min dan frekuensi dan ujian -t untuk menguji hipotesis pada aras 0.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor peningkatan di antara pelajar kumpulan rawatan iaitu kumpulan yang menggunakan kit pembelajaran dan kumpulan kawalan iaitu kumpulan yang menggunakan kaedah konvensional. Kedua, terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor peningkatan bagi tahap pencapaian pelajar di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam kalangan pelajar FD, tetapi tiada perbezaan yang signifikan bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan di kalangan pelajar FI. Akhir sekali, terdapat perbezaan yang signifikan bagi pelajar yang memiliki gaya kognitif FI dan FD. Kit pembelajaran meliputi empat elemen iaitu mudah digunakan (min=4.146), kesesuaian reka bentuk kit (min=4.11), membantu mempelajari topik (min=4.25) dan motivasi (min=4.136). Kesimpulannya, kit pembelajaran berpotensi dalam meningkatkan pencapaian pelajar serta memberi manfaat kepada pelajar yang berbeza gaya kognitif (FI-FD).

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 12 Jun 2016 04:47
Last Modified: 12 Jun 2016 04:47
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4236
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year