UTHM Institutional Repository

Tahap kemahiran berfikir kreatif dan kritis dalam kalangan Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Romeli, Norfarhana (2012) Tahap kemahiran berfikir kreatif dan kritis dalam kalangan Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] PDF
NORFARHANA_BINTI_ROMELI.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merupakan elemen yang penting di dalam sistem pendidikan di negara kita sekarang. Walaupun kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bukan diajar sebagai mata pelajaran, namun unsur-unsurnya perlu disepadukan bagi semua mata pelajaran. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sejauh manakah tahap pemikiran kreatif dan kritis pelajar di Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Seramai 192 orang pelajar terlibat dalam kajian ini yang terdiri pelajar semester satu, Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Gaya Berfikir Kreatif–Kritis Yan Piaw yang mengandungi 34 item. Bentuk kajian yang dijalankan berbentuk kajian tinjauan menggunakan kaedah soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti peratusan, dan kekerapan serta statistik inferens Ujian Khi Kuasa Dua untuk Kebebasan. Dapatan kajian menunjukkan, tahap penguasaan kemahiran berfikir kreatif-kritis pelajar DPLI majoritinya adalah pada tahap pemikiran kritis, diikuti oleh pemikiran kreatif dan hanya sebilangan kecil mempunyai pemikiran seimbang. Melalui analisis Ujian Khi Kuasa Dua untuk Kebebasan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara tahap pemikiran kreatif-kritis pelajar yang berlainan jantina, kursus pengajian, dan pencapaian akademik. Kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada pendidik ataupun pengajar mahupun pihak institusi dalam usaha memantapkan lagi perlaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
L Education > LB Theory and practice of education > LB1554 Elementary or public school education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 12 Jun 2016 04:28
Last Modified: 12 Jun 2016 04:28
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4239
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year