UTHM Institutional Repository

Kesediaan pengajar dan pelajar terhadap program kouza meeting di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang

Yusop, Nuriman (2012) Kesediaan pengajar dan pelajar terhadap program kouza meeting di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] PDF
NURIMAN_BIN_YUSOP.pdf

Download (474kB)

Abstract

Keperluan terhadap pembangunan sikap pelajar menjadi satu perkara penting yang perlu diberi perhatian khusus sejajar dengan keperluan industri masa kini. Usaha bersepadu dalam aspek kesediaan pengajar dan pelajar untuk menjayakan program pembangunan sikap sewajarnya diberi penekanan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk menentukan tahap kesediaan pengajar dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk mengendali program Kouza Meeting (KM) serta menentukan kesediaan pelajar dari segi sikap untuk mengikuti program berkenaan. Selain itu, perhubungan antara pengetahuan dan kemahiran terhadap sikap pengajar juga akan dikupas. Kajian juga akan menentukan perbezaan kesediaan pelajar dari segi jantina. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data secara soal selidik menerusi skala Likert lima peringkat yang mana responden terdiri dari pengajar seramai 51 orang (90%) dan pelajar seramai 120 orang (76%) di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang. Data mentah dianalisis secara deskriptif menggunakan perisisan Statistical Package for Social Sciences Version 16.0 bagi mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan peratusan. Manakala statistik inferensi menggunakan korelasi Pearson digunakan untuk menentukan perhubungan antara pengetahuan dengan sikap pengajar serta kemahiran dengan sikap pengajar. Selain itu, ujian-t tidak bersandar digunakan bagi menentukan perbezaan kesediaan pelajar mengikuti KM berdasarkan jantina. Hasil kajian mendapati tahap kesediaan pengajar berada pada aras tinggi (min = 3.88) sebaliknya tahap kesediaan pelajar adalah di aras sederhana (min = 3.44). Penemuan juga mendapati wujudnya perhubungan yang signifikan antara pengetahuan dan sikap pengajar (r = .395, p = .004) serta kemahiran dan sikap pengajar (r = .371, p = .007). Analisis yang dijalankan juga menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan antara kesediaan pelajar perempuan untuk mengikuti program Kouza Meeting berbanding pelajar lelaki (p = .005). Hasil kajian ini dijangka dapat membuka ruang penyelesaian untuk penambahbaikan program KM.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 12 Jun 2016 04:23
Last Modified: 12 Jun 2016 04:23
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4241
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year