UTHM Institutional Repository

Amalan pensyarah dalam perlaksanaan pendidikan berasaskan hasil (OBE) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Sulaiman, Nurul Ain (2012) Amalan pensyarah dalam perlaksanaan pendidikan berasaskan hasil (OBE) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
NURUL_AIN_BINTI_SULAIMAN.pdf

Download (633kB)

Abstract

Pendidikan Berasaskan Hasil, atau lebih dikenali sebagai Outcome Based Education (OBE) merupakan satu sistem pendidikan yang diguna pakai di semua Institut Pengajian Tinggi di Malaysia pada masa kini. Ianya lebih memfokuskan kepada hasil dan pencapaian objektif pembelajaran terhadap sesuatu kursus akademik yang ditawarkan di intitusi. Walau bagaimanapun, masih terdapat institusi-institusi yang mengamalkan kaedah konvensional dalam sistem pendidikan mereka. Kajian penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti taburan kekerapan pensyarah dalam amalan perlaksanaan OBE dari aspek penyampaian pengajaran dan pentaksiran di UTHM. Data dikumpul menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences Version 17.0 (SPSS) untuk mendapatkan frekuensi, peratus pensyarah dan juga melihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan di antara amalan pelaksanan OBE dengan demografi pensyarah. Dapatan kajian melalui analisis frekuensi dan peratus, membuktikan bahawa majoriti pensyarah di UTHM mengamalkan perlaksanaan OBE dari aspek penyampaian pengajaran dan pentaksiran. Melalui analisis ujian Chi- Square pula, dapatan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara amalan perlaksanaan OBE dari aspek penyampaian pengajaran dan pentaksiran dengan tempoh berkhidmat pensyarah. Malah analisis ujian Chi-Square juga mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara amalan perlaksanaan OBE dari aspek pentaksiran dengan umur pensyarah. Secara keseluruhan, pensyarah di UTHM menerima baik dan mengamalkan perlaksanaan OBE dari aspek penyampaian pengajaran dan pentaksiran. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa sistem pendidikan di UTHM menggunakan pendidikan berasaskan hasil (OBE) dalam sistem pendidikan mereka.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 05 Jan 2016 08:26
Last Modified: 05 Jan 2016 08:26
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4243
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year