UTHM Institutional Repository

Tinjauan terhadap kesediaan pensyarah teknikal melaksanakan sistem Production Based Education (PBE) di IKM Johor Bahru

Said, Shabudin (2012) Tinjauan terhadap kesediaan pensyarah teknikal melaksanakan sistem Production Based Education (PBE) di IKM Johor Bahru. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
SHABUDIN_SAID.pdf

Download (668kB)

Abstract

Production-Based Education (PBE) telah menjadi amalan terkini di negara-negara maju dalam mengatasi masalah peningkatan kos dan kecekapan program latihan vokasional. Kajian deskriptif kajian kes institusi ini berusaha meninjau pendapat responden mengenai kesediaan dari aspek kemahiran teknikal, konsep PBE, keusahawanan, inovasi dan kemahiran insaniah. Institusi dikaji tertumpu di IKM Johor Bahru melibatkan responden seramai 96 pengajar (100 peratus) dengan menggunakan soalselidik item berskala Likert Lima Peringkat Berhierarki yang ditadbir secara hadir bersemuka. Data mentah dianalisis secara deskriptif untuk menggambarkan kedudukan min bagi lima pembolehubah yang diukur, iaitu kemahiran teknikal, konsep PBE, Keusahawanan, inovasi dan kemahiran insaaniah. Manakala analisis inferensi menguji hipotesis menggunakan korelasi Pearson Rho untuk melihat perhubungan antara tempoh pengalaman mengajar dan tahap kesediaan responden. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan aspek kesediaan PBE yang dominan adalah kemahiran teknikal (min = 4.40). Manakala ujian hipotesis menggunakan korelasi Pearson Rho menunjukkan wujud hubungan yang amat lemah bagi hubungan antara pengalaman mengajar dan kemahiran teknikal (r=0.045, p=0.666), pengalaman mengajar dan konsep PBE (r=0.054, p=0.602), pengalaman mengajar dan keusahawanan (r = -0.078, p=0.450), pengalaman mengajar dan inovasi (r=0.045, p=0.660) serta antara pengalaman mengajar dan kemahiran insaniah (r=0.008, p=0.935). Hasil ujian-tα = 0.05 tidak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina pensyarah teknikal dan aspek kemahiran teknikal (p=0.015), konsep PBE (p=0.001), keusahawanan (p=0.009) dan inovasi (p=0.005). Hasil ujian-tα = 0.05 tidak bersandar juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina pensyarah dan kemahiran insaniah (p = 0.104 > 0.05). Dapatan kajian ini menyarankan usaha menambahbaik kemudahan peralatan fizikal dan komitmen pihak pengurusan untuk menyemarakkan perlaksanaan Sistem PBE di IKM Johor Bahru pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1705 Education and training of teachers and administrators
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 05 Jan 2016 07:21
Last Modified: 05 Jan 2016 07:21
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4251
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year