UTHM Institutional Repository

Penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar pendidikan khas di Politeknik

Tuan Omar, Tuan Rosnimawati (2012) Penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar pendidikan khas di Politeknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
TUAN_ROSNIMAWATI_TUAN_OMAR.pdf

Download (994kB)

Abstract

Dalam era globalisasi, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal tetapi juga kepada kemahiran insaniah. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan serta kemahiran insaniah paling dominan yang dikuasai oleh pelajar di samping menekankan aspek perbezaan yang melibatkan factor jantina ke atas penguasaan kemahiran insaniah mereka. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan digunakan dan sampel kajian adalah mewakili keseluruhan populasi yang terdiri daripada pelajar bermasalah pendengaran yang mengikuti pengajian di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Politeknik yang terlibat dalam kajian ini adalah Politeknik Ibrahim Sultan ( Johor ), Politeknik Syed Sirajudin ( Perlis ), Politeknik Sultan Salehuddinabdul Aziz Shah ( Selangor ) dan Politeknik Ungku Omar ( Perak ). Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan statistic deskriptif dan statistic inferensi bagi mengukur tahap penguasaan kemahiran insaniah responden serta perbezaan tahap penguasaan di antara jantina. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar pendidikan khas masalah pendengaran di politeknik berada pada tahap tinggi. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi penguasaan kemahiran insaniah bagi pelajar lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun terdapat beberapa aspek yang dilihat sebagai kelemahan pelajar seperti penguasaan elemen kemahiran pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah. Oleh itu hasil dapatan kajian mencadangkan bahawa pensyarah perlu mengambil perhatian dalam melahirkan graduan OKU yang berkualiti bukan sahaja cemerlang dari segi kemahiran teknikal malah cemerlang dari segi kemahiran insaniah.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 05 Jan 2016 07:12
Last Modified: 05 Jan 2016 07:12
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4256
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year