UTHM Institutional Repository

Kerangka pelaksanaan sistem pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (APEL) di Malaysia

Wan Ali, Wan Nor Syahira (2012) Kerangka pelaksanaan sistem pengakreditan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu (APEL) di Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
WAN_NOR_SYAHIRA_WAN_ALI.pdf

Download (412kB)

Abstract

Pengakreditan Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu atau Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) adalah proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu. Oleh kerana APEL masih lagi di dalam proses pembangunan sistem pelaksanaan yang lengkap, kajian ini memberi fokus kepada pembangunan kerangka pelaksanaan sistem APEL, di samping mengenalpasti pengurusan, halanganhalangan yang berlaku dan strategi-strategi yang efektif bagi pelaksanaan APEL di Malaysia. Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif ini menggunakan instrumen soal selidik yang ditriangulasikan dengan instrumen temubual. Seramai 62 orang sampel daripada 80 orang populasi menjawab soal selidik yang diedarkan ke 6 buah lokasi iaitu MQA, OUM, Unirazak, AeU, UKM dan UTM serta 3 orang pakar dari Unirazak, OUM dan MQA dipilih untuk ditemu bual bagi menyokong dapatan kajian. Seterusnya, data yang dikumpulkan dianalisis berbantukan perisian Statistical Packages for Social Sciences(SPSS) versi 17. Dapatan kajian mendapati pengurusan yang dilakukan dalam pelaksanaan APEL adalah baik tetapi masih mempunyai banyak halangan. Halangan yang paling tinggi di dalam pelaksanaan sistem APEL di Malaysia adalah dalam aspek sistem penilaian calon. Antara strategi efektif yang dicadangkan adalah dengan mendapatkan nasihat pakar-pakar dari dalam dan luar negara, melakukan kajian penambahbaikan serta sesi brainstorming. Selain itu, sebuah kerangka pelaksanaan sistem APEL dibangunkan di akhir kajian ini melalui sintesis dapatan kajian. Kerangka pelaksanaan sistem APEL yang telah dibangunkan mempunyai beberapa domain utama iaitu sistem penilaian calon, sistem pemilihan penilai, jaminan kualiti dan promosi APEL. Pengkaji berharap agar satu kajian Delphi dijalankan bagi memantapkan lagi kerangka tersebut untuk membentuk satu panduan pelaksanaan APEL di Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0008 Forms of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 05 Jan 2016 07:06
Last Modified: 05 Jan 2016 07:06
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4257
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year