UTHM Institutional Repository

Kesedaran keselamatan dalam kalangan pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA di Lembah Kelang

Wan Ismail , Wan Sabri (2012) Kesedaran keselamatan dalam kalangan pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA di Lembah Kelang. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
WAN_SABRI_BIN_WAN_ISMAIL.pdf

Download (1MB)

Abstract

Keselamatan adalah isu penting yang amat signifikan dengan kehidupan kita. Ianya perlu difahami oleh semua orang terutama sekali yang melibatkan kerja-kerja yang berisiko tinggi seperti dalam penggunaan mesin dan penggunaan bahan kimia. Pelajar-pelajar KKTM di Lembah Kelang kebanyakan masa terlibat dengan kerja-kerja amali di bengkel dan makmal yang sentiasa terdedah dengan risiko kemalangan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedaran keselamatan di kalangan pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di Lembah Kelang. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai Alpha Crombach ialah 0.901. Seterusnya kajian sebenar dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik (questionnaires) kepada 111 responden yang terdiri dari pelajar-pelajar semester empat KKTM Beranang dan KKTM Petaling Jaya. Data yang diperolehi di analisis secara Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 16.0. Melalui analisis ini nilai min, kekerapan dan peratus (means, frequency and percentage) diperolehi untuk menentukan faktor yang dominan yang mempengaruhi kesedaran keselamatan. Manakala ujian-t digunakan untuk menentukan perbezaan tahap kesedaran keselamatan dikalangan pelajar mengikut KKTM dan jantina. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengendalian bahan kimia adalah faktor yang dominan yang mempengaruhi kesedaran keselamatan. Seterusnya kajian ini juga menunjukkan faktor demografi (KKTM dan jantina) tidak mempengaruhi tahap kesedaran pelajar KKTM Lembah Kelang. Adalah diharapkan agar dengan maklumat yang diperolehi dari hasil kajian ini beberapa penambahbaikan dapat dilaksanakan. Selain dari itu kajian ini juga diharap dapat dijadikan sebagai garis panduan untuk kajian yang seterusnya pada masa hadapan. Dicadangkan pengkaji akan datang memberi fokus kepada perlaksanaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di KKTM.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ1125-1345 Machine shops and machine shop practice
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 05 Jan 2016 06:59
Last Modified: 05 Jan 2016 06:59
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4258
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year