UTHM Institutional Repository

Cabaran pembangunan sistem pemberi makanan ikan

Md Salleh, Salihatun and Jafferi, Noormaziah and Md Zain, Badrul Aisham and lbrahim, Mohd Halim Irwan and Abd Rahim, Erween and Wahab, Md Saidin and Mazlan, M. S. and Yong, M. H. and Samat, S. N. A. and Yusoff, M. F. M. (2013) Cabaran pembangunan sistem pemberi makanan ikan. In: Persidangan Kebangsaan Pertama Program Pemindahan Ilmu (KTP01), 21-23 Ogos 2013, Bangi. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
ECO_43.pdf

Download (393kB)

Abstract

Beberapa percubaan telah dibuat untuk menghasilkan alat pemberi makanan ikan. Kos yang tinggi bagi makanan telah menyebabkan petani mencari cara terbaik untuk member makan ikan. Walaubagaimanapun, kawasan pertanian yang luas menyebabkan kesukaran dalam menyebarkan makanan ikan secara sama rata, dan ini akan member kesan kepada pertumbuhan ikan. Kertas ini membentangkan masalah-masalah dalam pelaksanaan saiz sebenar system pemberi makanan ikan yang dihasilkan daripada model prototaip kajian yang lepas. Penambahbaikan telah dibuat untuk kaedah penghantaran makanan dan penyimpanan mudah alih untuk membolehkan pengedaran makanan dibuat di sepanjang kawasan kolam. Kajian diteruskan dengan pembangunan mekanisme mesin yang terdiri daripada penyuap, laluan dan penggerak system pemberi makanan ikan. Ujian telah dibuat pada mekanisme mesin dari segi penyebaran sudut, kuasa pemampat yang digunakan dan kadar suapan. Mesin telah diuji secara berasingan sebelum dipasang system kawalan dan keputusan menunjukkan kemungkinan setiap komponen berfungsi dengan baik. Jarak paling jauh yang boleh dicapai adalah pada sudut 45 darjah. Peningkatan tekanan pam penyembur akan meningkatkan jarak maksimum semburan. Tekanan maksimum 400kPa digunakan untuk mendapatkan jarak separuh daripada kolam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: sistem pemakanan ikan; model saiz sebenar; spesifikasi rekabentuk
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ212-225 Control engineering systems. Automatic machinery (General)
Divisions: Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering > Department of Engineering Mechanics
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 03 Jan 2016 08:38
Last Modified: 04 Nov 2019 03:31
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4261
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year