UTHM Institutional Repository

Kolej Kediaman Lestari [KKL] di Malaysia: kajian awalan terhadap kesesuaian konsep

Shafii, Haryati and Seow , Ta Wee and Md Yassin, Azlina (2013) Kolej Kediaman Lestari [KKL] di Malaysia: kajian awalan terhadap kesesuaian konsep. In: Prosiding Seminar Serantau ke-2 Pengurusan Persekitaran di Alam Melayu, 6-7 Mei 2013, Provinsi Riau, Indonesia .

[img]
Preview
PDF
v4j.pdf

Download (169kB)

Abstract

Pembangunan lestari yang berlangsung di Malaysia telah mengadaptasi teknologi dari luar sebagai menyahut sokongan padu terhadap konsep pembangunan lestari yang telah diterimapakai oleh seluruh dunia. Pembangunan lestari diperlukan bagi memastikan aspek ekonomi, alam sekitar dan sosial dapat diseimbangkan bersesuaian dengan garis panduan yang diwartakan dalam Dasar Alam Sekitar Negara (DASN). Pembangunan lestari bukan sahaja diperlukan dalam membangunkan bangunan kediaman, komersil, pentadbiran dan pengurusan, bahkan juga harus mencakupi bangunan untuk kediaman pelajar. Justeru, penulisan ini cuba mengupas isu kualiti hidup dan persekitaran kolej kediaman pelajar universiti yang sering kali dipersoal keselesaanya. Konsep Kolej Kediaman Lestari (KKL) yang cuba digarapkan dalam kajian ini adalah dengan mengambilkira prinsip, perancangan dan garis panduan yang akan dihasilkan bagi mengatasi kelemahan reka bentuk kolej kediaman yang sedia ada. Ianya merangkumi enam elemen iaitu aspek kualiti hidup-sosial, alam sekitar, perancangan, fasiliti dalam dan luar bangunan, reka bentuk bangunan dan landskap kolej kediaman bagi mencapai kesejahteraan hidup pelajarnya. Selain itu turut mencadangkan reka bentuk yang dapat mewujudkan suasana persekitaran lestari bagi kehidupan dan pembelajaran pelajar dengan mengambilkira aspek alam sekitar, budaya, sosial dan iklim setempat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kolej Kediaman Lestari (KKL); kualiti hidup; persekitaran; reka bentuk
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH2025 Details in building design and construction
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 01 Oct 2013 01:42
Last Modified: 21 Jan 2015 08:20
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4280
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year