UTHM Institutional Repository

Kajian awal terhadap penyediaan fasiliti orang kurang upaya (OKU) di Taman Negara Negeri Johor: kajian kes di Pulau Kukup, Tanjung Piai, Gunung Ledang dan Endau-Rompin (PETA)

Seow , Ta Wee and Sanmargaraja , Shalini and Jamiran, Mohd Nur Syufaat and Zainal Abidin, Zainal Zulhilmi and Mohd Sam, Siti Aminah (2013) Kajian awal terhadap penyediaan fasiliti orang kurang upaya (OKU) di Taman Negara Negeri Johor: kajian kes di Pulau Kukup, Tanjung Piai, Gunung Ledang dan Endau-Rompin (PETA). In: Prosiding Seminar Serantau ke-2 Pengurusan Persekitaran di Alam Melayu , 6-7 Mei 2013, Provinsi Riau, Indonesia .

[img]
Preview
PDF
v42j.pdf

Download (174kB)

Abstract

Pertambahan orang kurang upaya (OKU) dalam kalangan pelancong telah mewujudkan permintaan untuk penyediaan fasiliti khas untuk orang kurang upaya di taman negara. Akan tetapi, fasiliti yang disediakan di taman negara pada masa kini tidak mesra OKU. Kebanyakan suasana persekitaran alam bina tidak sesuai untuk digunakan oleh orang kurang upaya tanpa bantuan daripada orang lain. Orang kurang upaya yang menarik diri daripada masyarakat selama ini mestilah dibawa semula untuk mengelakkan mereka daripada mengalami kemurungan yang seterusnya boleh menjejaskan kesejahteraan hidup mereka. Objektif kertas ini adalah untuk mengenalpasti semua fasiliti yang disediakan pada masa ini dan memberikan cadangan bagi masalah yang timbul. Daripada pemerhatian dan audit, didapati bahawa semua taman negara tidak begitu memberi perhatian kepada fasiliti khas yang perlu disediakan untuk orang kurang upaya ini. Golongan orang kurang upaya juga kurang berminat untuk mengunjung taman negara kerana persekitarannya yang kurang sesuai untuk pergerakan mereka. Peruntukkan yang kurang juga menyebabkan fasiliti yang khas tidak dapat sediakan di tempat rekreasu seperti taman negara. Beberapa cadangan penambahbaikan telah dicadangkan seperti menambahkan dan menyelenggara fasiliti yang sedia ada, lebih banyak kempen lagi perlu dijalankan, menganjurkan lebih banyak aktiviti yang melibatkan persatuan orang kurang upaya, menambahkan artikel atau jurnal mengenai pasaran khusus dan kerajaan juga perlu memohon peruntukkan dalam bajet untuk pembinaan fasiliti yang khusus untuk golongan istimewa ini. Perancangan yang teratur perlu dirancang untuk menempuhi perubahan dalam struktur demografi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: orang kurang upaya; fasilti; halangan; Taman Negara; pelancongan; Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 01 Oct 2013 01:47
Last Modified: 21 Jan 2015 08:19
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4281
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year