UTHM Institutional Repository

Pembandaran dan tren perubahan guna tanah di luar bandar: kajian kes Parit Raja, Batu Pahat,Johor

Salleh, Masni and Badarulzaman, Nurwati and Salleh, Abdul Ghani (2013) Pembandaran dan tren perubahan guna tanah di luar bandar: kajian kes Parit Raja, Batu Pahat,Johor. In: Prosiding Seminar Serantau ke-2 Pengurusan Persekitaran di Alam Melayu , 6-7 Mei 2013, Provinsi Riau, Indonesia .

[img]
Preview
PDF
v22j.pdf

Download (532kB)

Abstract

Pembangunan luar bandar merupakan usaha kerajaan bagi memajukan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar. Bagi mencapai matlamat tersebut, pelbagai program pembangunan berteraskan bandar dijalankan di kawasan luar bandar. Secara tidak langsung, kawasan luar bandar yang sebelum ini di dominasi guna tanah pertanian telah berubah kepada guna tanah bandar dan pada masa yang sama mempengaruhi fungsi pusat petempatan yang terlibat atas dasar pembandaran. Kajian ini bertujuan mengesan tren perubahan guna tanah di kawasan Parit Raja, Batu Pahat, Johor selaras dengan perkembangan pembandaran dan pembangunan semasa di Parit Raja khususnya dan Daerah Batu Pahat amnya. Menggunakan teknik pemetaan GIS, analisis dokumen serta maklumat yang dikumpulkan melalui pemerhatian lapangan; menunjukkan bahawa terdapat perubahan guna tanah yang ketara berlaku di kawasan kajian. Perubahan ini melibatkan kemerosotan tanah pertanian kepada jenis guna tanah lain akibat dari perkembangan aktiviti perindustrian di sepanjang Koridor Industri Sri Gading Barat dan juga penubuhan institusi-institusi pendidikan tinggi. Proses pembandaran yang berlaku telah mengubah guna tanah di Parit Raja. Kefahaman tentang proses ini boleh membantu pihak berkuasa yang berkaitan untuk merancang pembangunan pada masa hadapan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: pembandaran; perubahan guna tanah; luar bandar
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD101-1396 Land use
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 01 Oct 2013 01:58
Last Modified: 28 Jan 2015 03:25
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4283
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year