UTHM Institutional Repository

Model pengurusan cukai harta pihak berkuasa tempatan Malaysia

Pawi, Soeb (2013) Model pengurusan cukai harta pihak berkuasa tempatan Malaysia. PhD thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
SOEB_BIN_PAWI.pdf

Download (654kB)

Abstract

Prestasi pungutan hasil cukai harta semasa yang rendah dan kadar tunggakan cukai harta yang tinggi telah menjadi isu yang berlarutan di pihak berkuasa tempatan (PBT) Malaysia. Isu ini telah menjadi permasalahan yang serius dan semakin meruncing serta amat sukar untuk diselesaikan. Ianya berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah kaedah pengurusan dan pentadbiran PBT itu sendiri yang semakin kompleks sejajar dengan pembangunan yang semakin pesat dan keperluan komuniti yang semakin mendesak. Fenomena prestasi pungutan cukai harta yang rendah dan tunggakan cukai harta yang tinggi menyebabkan pihak pengurusan PBT tidak dapat menyediakan perkhidmatan terbaik dalam menjalankan tanggungjawab serta melaksanakan pembangunan mampan sebagaimana diharapkan. Oleh yang demikian, satu strategi yang berkesan dan inisiatif yang terbaik perlu dirangka bagi menangani perkara ini, sekaligus dapat menambahbaik dan meningkatkan kualiti pengurusan cukai harta di PBT Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan bagi (1) mengenal pasti permasalahan dan hubung kait dengan perundangan dan polisi yang terlibat dalam pengurusan cukai harta di PBT Malaysia, (2) mengukur prestasi pungutan semasa dan tunggakan cukai harta di PBT Malaysia, (3) mengkaji strategi dan inisiatif yang diperlukan dalam pengurusan cukai harta di PBT Malaysia dan akhirnya (4) membangunkan model pengurusan cukai harta bagi PBT Malaysia. Metodologi kajian yang digunapakai adalah melalui pendekatan hibrid (mixed method). Melalui pendekatan kualitatif, teknik Delphi telah digunakan dengan mengadakan perbincangan dan temubual secara semi-struktur sebanyak dua fasa ke atas 15 responden yang terdiri daripada pakar-pakar pencukaian di PBT Malaysia. Hasil temubual telah dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti bagi mengenal pasti tema perbincangan dengan faktor kekerapan sebagai keutamaan. Melalui pendekatan kuantitatif, sebanyak 239 responden telah mengemukakan maklum balas melalui instrumen kaji selidik yang dibina bagi mendapatkan strategi dan inisiatif yang diperlukan dalam pengurusan cukai harta di PBT Malaysia. Kajian ini telah menghasilkan satu tahap pengukuran prestasi pungutan cukai harta di PBT Malaysia. Hasil kajian juga dapat mengenal pasti lima aspek penting dalam pembentukkan model pengurusan cukai harta PBT Malaysia iaitu terdiri daripada (1) Pengurusan & Pentadbiran, (2) Perundangan, (3) Penguatkuasaan, (4) Promosi & insentif serta (5) Strategi, inisiatif & transformasi yang perlu diberi penekanan bagi memastikan pengurusan cukai harta yang berkesan di PBT Malaysia. Penemuan baru atau novelty dalam kajian ini adalah menghasilkan tahap prestasi dan model pengurusan cukai harta di mana ia dibangunkan dan boleh dijadikan penanda aras serta panduan dalam mengatasi kemelut prestasi pungutan cukai harta yang rendah dan tunggakan cukai harta yang tinggi di PBT Malaysia.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD101-1396 Land use
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 05 Jan 2016 06:20
Last Modified: 05 Jan 2016 06:20
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4347
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year