UTHM Institutional Repository

Isu-isu alam sekitar dan kelestarian

Shareh Musa, Sharifah Meryam and Shafii, Haryati and Ta Wee , Seow (2012) Isu-isu alam sekitar dan kelestarian. Penerbit UTHM, Batu Pahat Johor. ISBN 978-967-5457-98-2

Full text not available from this repository.

Abstract

Hubungan di antara manusia dengan alam sekitar wujud sejak manusia dilahirkan lagi. Pergantungan manusia terhadap alam sekitar adalah mencakupi segala aktiviti yang berkaitan dengan falsafah kehidupan dan pembangunan manusia. Pergantungan secara langsung ini, sekiranya dalam konteks yang berlebihan akan memberi kacauganggu dan impak yang besar terhadap persekitaran fizikal dan manusia. Kemerosotan alam sekitar telah berlaku secara serius ekoran aktiviti manusia yang mementingkan keuntungan dan menidakkan hak orang lain untuk menikmatinya di masa hadapan. Buku ISU-ISU ALAM SEKITAR dan KELESTARIAN membawa pembaca kepada menghayati kepentingan alam sekitar dan melestarikannya serta kepentingan teknologi dalam mengurus. Buku ini memuatkan lapan himpunan makalah yang diusahakan oleh penulis dari latar ilmu yang pelbagai sebagai reaksi mereka terhadap isu-isu alam sekitar dan kepentingan dalam melestarikannya. Buku ini sebahagiannya merupakan hasil daripada penyelidikan yang telah diusahakan oleh penulis sebagai sumbangan akademik untuk perkongsian ilmu, memberi pengetahuan, dan kesedaran tentang isu-isu alam sekitar yang pelbagai bidang mencakupi persekitaran, harta tanah, pembinaan dan pengurusan teknologi. Buku ini cuba menyepadukan fokus penulisan yang bersifat interdisplinary yang merupakan satu bentuk disiplin yang diketengahkan kini. Pembahagian buku ini kepada Bahagian I membincangkan Isu-isu Alam Sekitar dan Kelestarian dan Bahagian II mengupas Isu-isu Pembangunan dan Teknologi, merupakan konotasi yang digarap kukuh bagi memberi pemahaman yang jelas kepada pembaca tentang kepentingan alam sekitar yang merupakan satu ruang yang dikongsi bersama dan perlu ianya diuruskan dengan baik. Semoga usaha kecil melalui penerbitan buku ini dapat mengisi kelohongan ilmu yang belum diliputi oleh buku lain dan sumbangan ini mampu memberikan manfaat dan memupuk rasa kecintaan terhadap alam sekitar kepada pembaca di luar sana.

Item Type: Book
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: Publisher's Office > General Items
Depositing User: Nurhafiza Hamzah
Date Deposited: 01 Nov 2013 07:29
Last Modified: 01 Nov 2013 07:29
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4489
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item