UTHM Institutional Repository

Penerapan kemahiran insaniah dalam pelaksanaan pendidikan asas vokasional: transformasi sistem pendidikan di Malaysia

Azmi, Nur Iwani and Mohd. Hashim, Mohamad Hisyam (2013) Penerapan kemahiran insaniah dalam pelaksanaan pendidikan asas vokasional: transformasi sistem pendidikan di Malaysia. In: Conference in Education – Technical Vocational Education & Training (CiE-TVET 2013), 2-3 September 2013, Kuala Terengganu, Terengganu.

[img]
Preview
PDF
PENERAPAN_KEMAHIRAN_INSANIAH_DALAM_PELAKSANAAN.pdf

Download (223kB)

Abstract

Kertas konsep ini menerangkan pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional yang juga merupakan aliran dalam sistem Menengah Rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Harian. Fokus utama adalah berkaitan dengan kemahiran insaniah dalam pelaksanaan Struktur Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional yang merangkumi tiga komponen utama iaitu Jati Diri, Teknologi Vokasional dan Kemahiran Vokasional selain daripada Kemahiran Keusahawanan yang diajar merentasi kurikulum dalam tempoh tiga tahun pengajian. Kurikulum yang dilaksanakan memberi tumpuan kepada pembinaan jati diri, pembangunan kompetensi keusahawanan dan pembangunan kompetensi Kemahiran Vokasional di Tahap 1 dan tahap 2 dalam Sijil Kemahiran Malaysia. Pendidikan Asas Vokasional ditawarkan pada peringkat awal yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 bertujuan untuk mencegah kadar keciciran pelajar dan juga meningkatkan enrolmen pelajar vokasional dan kemahiran di negara ini. Program ini merupakan lanjutan dan pengembangan Kursus Kemahiran Hidup dan juga menyediakan peluang bagi pelajar yang lebih cenderung kepada program vokasional dalam bentuk kemahiran tangan. Kertas konsep ini turut mengemukakan isu dan cabaran dalam penerapan kemahiran insaniah dalam melaksanakan program Pendidikan Asas Vokasional. Melalui penerapan kemahiran insaniah diharap dapat melahirkan pelajar dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, mahir dan disediakan dengan nilai-nilai murni yang akan menjadi sumbangan kepada kejayaan Wawasan 2020 Malaysia untuk meningkatkan produktiviti dan memajukan ekonomi negara.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: transformasi pendidikan negara; pendidikan asas vokasional; kemahiran insaniah
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 01 Nov 2013 08:43
Last Modified: 21 Jan 2015 07:44
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4496
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year