UTHM Institutional Repository

Pencirian A1 Cu, Sn, Pb dan pelbagai spesies kayu balak Malaysia menggunakan teknik penyerapan dan penyerakan sinar-y bertenaga 59.54 keV

Mohamed Johar, Saffuwan (2013) Pencirian A1 Cu, Sn, Pb dan pelbagai spesies kayu balak Malaysia menggunakan teknik penyerapan dan penyerakan sinar-y bertenaga 59.54 keV. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains dan Matematik 2013 (SKASM 2013) , 29-30 Oktober 2013, Batu Pahat, Johor .

[img]
Preview
PDF
PENCIRIAN_A1_Cu,_Sn,_Pb_DAN_PELBAGAI_SPESIES.pdf

Download (501kB)

Abstract

Sinar gamma adalah sinaran mengion tidak langsung yang merupakan agen pemindahan tenaga. Apabila sinaran diserap oleh jirim, tenaga dipindahkan daripada alur sinaran kepada jirim. Proses penyerapan dan penyerakan sinaran merupakan tujuan utama ujikaji ini dijalankan. Kebarangkalian jumlah penyerapan, penyerakan dan penghantaran adalah kuantiti-kuantiti penting yang akan diukur menerusi ujikaji ini ke atas empat bahan penyerap: Al, Cu, Sn, Pb, dan 8 spesies kayu balak Malaysia dengan pelbagai ketumpatan. Bagi mencapai tujuan tersebut Penganalisis Berbilang Saluran (Multi-Channel Analyzer, MCA) digunakan. Didapati fine gain yang bersamaan dengan 5.43 untuk sistem MCA adalah bersesuaian dengan tenaga puncak sinar gamma 59.54 keV yang dipancarkan daripada radionuklid Am-241. Selanjutnya didapati bahawa pekali pengecilan linear adalah berkadaran langsung dengan nombor atom bahan penyerap 41, Cu, Sn and Pb. Bahan penyerap kayu balak Malaysia dengan purata nombor atom, Z = 7.09 memberikan pekali pengecilan linear yang berkadaran langsung dengan ketumpatan fizikal kayu. Akhirnya analisis penyerakan sinar gamma oleh Cu, Sn and Pb menunjukkan bahawa lengkuk graf yang diperoleh adalah bersesuaian dengan lengkuk teori menurut persamaan Klient-Nishina. Walaubagaimanapun graf lengkuk penyerakan sinar gamma daripada Pb didapati tidak stabil disebabkan oleh kelemahan sistem pengesanan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: penyerapan sinaran; penyerakan sinaran; penganalisis berbilang saluran
Subjects: Q Science > QC Physics
Divisions: Faculty of Applied Science and Technology > Department of Science and Mathematics
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 21 Nov 2013 04:39
Last Modified: 21 Jan 2015 08:05
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4524
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year