UTHM Institutional Repository

Diaspora rumpun Melayu di Muar, Johor, Malaysia

Abdullah, Mohd Akbal and Abdul Fattah, Rafiuddin Afkari (2013) Diaspora rumpun Melayu di Muar, Johor, Malaysia. In: Seminar Diaspora dan Deklarasi Daerah Kembar dengan Dungun, Terengganu, 15-17 November 2013, Riau, Indonesia.

[img]
Preview
PDF
diaspora_rumpun...malaysia_U.pdf

Download (2MB)

Abstract

Kertas kerja ini cuba mendedahkan dan meneliti perilaku merantau dan serakkan petempatan rumpun Melayu di Muar. Merantau dan perantauan adalah dua elemen yang membina tradisi leluhur rumpun Melayu yang menyediakan kekuatan fizikal dan mental mereka. Walau bagaimanapun kajian ini tidak membicarakan aspek perantauan menyeluruh perantau Melayu. Pergerakan merantau di Alam Melayu tertumpu di beberapa wilayah pantai barat semenanjung sesuai dengan kedudukan dan keistimewaan Tanah Melayu berbanding wilayah lain. di rantau kepulauan Melayu. Kajian ini menjelaskan pemikiran merantau, konsep perantau, zon perayauan mereka dan perkembangan lokaliti masyarakat dan petempatan perantau di daerah Muar. Perantau Melayu menjadikan daerah Muar sebagai destinasi dun Sungai Muar menjadi landmark kepada zon perayauan mereka. Kehadiran mereka telah memastikan Sungai Muar berfungsi sebagai pintu masuk utama perantau, khususnya dari Pulau Jawa dan Sumatera mudik jauh ke hulu Sungai Muar dun membentuk beberapa koloni di situ. Kemakmuran di hulu sungai Muar dan kesuburan pesisiran pantai Selat Melaka memungkinkan perkembangan pesat petempatan baharu dilakukan. Akhirnya, kajian ini mendapati penelitian terhadap perkembangan perantauan dun petempatan serta sosio ekonomi mampu menyumbang kepada pencerahan dan penjemihan kefahaman pergerakan dan hubungan di antara a'ua pesisir pantai Selat Melaka.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: Faculty of Applied Science and Technology > Department of Humanities
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 03 Dec 2013 03:36
Last Modified: 21 Jan 2015 07:34
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4549
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year