UTHM Institutional Repository

Pemikiran politik Islam di Aceh pada abad ke 17 M: kajian perbandingan antara Kitab Taj Al-Salatin, Sulalah Al-Salatin dan Bustan Al-Salatin

Nordin , Shah Rul Anuar (2012) Pemikiran politik Islam di Aceh pada abad ke 17 M: kajian perbandingan antara Kitab Taj Al-Salatin, Sulalah Al-Salatin dan Bustan Al-Salatin. PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]
Preview
PDF
SHAH_RUL_ANUAR_BIN_NORDIN_24pg.pdf

Download (1MB)

Abstract

Penyelidikan ini dilakukan untuk menilai persamaan dan perbezaan pemikiran politik Islam yang terdapat di dalam kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin pada abad ke 17 M di Aceh. Persamaan, perbezaan dan hubungan ketiga-tiga kitab tersebut juga dinilai terutama dengan kitab-kitab ulama Muslim zaman klasik dan buku-buku pemikir politik Islam zaman moden dan kontemporari. Selain itu, tinjauan tentang sumber asal pemikiran politik dan gaya penulisan kitab-kitab tersebut juga akan dilakukan. Kajian ini adalah penyelidikan berbentuk kualitatif yang berkaitan dengan kefahaman dan produk pemikiran. Justeru, pengkaji menggunakan pendekatan persejarahan dan dokumentasi. Melalui pendekatan persejarahan dan dokumentasi, pengkaji mendapat data dan maklumat berkenaan subjek kajian daripada dokumen-dokumen seperti manuskrip, buku-buku, pengalaman dan maklumat seseorang terhadap subjek kajian. Pengkaji menganalisis data dengan menggunakan kaedah penganalisaan isi kandungan dokumen. Ia melibatkan analisa perbandingan antara ketiga-tiga kitab, isi kandungan manuskrip dan buku-buku yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa 90% idea dan pemikiran politik kitab-kitab tersebut ada persamaan manakala perbezaannya kira-kira 10% khususnya dalam aspek kepimpinan wanita. Antara ketiga-tiga kitab, Taj al-Salatin mempunyai pemikiran politik Islam terbaik. Dalam menilai persamaan, perbezaan dan hubungan kitab-kitab tersebut pula, pengkaji dapati ada kesinambungan idea politik Islam dari zaman klasik, pertengahan dan moden. Perbezaan yang ketara banyak dilihat pada zaman moden setelah banyak negara-negara Islam dijajah oleh negara Barat. Pemikiran politik ilmuan Islam di zaman moden ada yang terpengaruh dengan konsep sekularisme tajaan Barat yang memisahkan antara agama dengan politik. Selain itu pengkaji dapati ada kesinambungan pemikiran kitab Taj al-Salatin, Sulalah al-Salatin dan Bustan al-Salatin dengan sarjana Muslim abad pertengahan iaitu al-Ghazali dan al-Mawardi. Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin telah menggunakan pendekatan Tasawuf Sunni seperti gaya kitab Nasihah al-Muluk karya al-Ghazali manakala Sulalah al-Salatin menggunakan pendekatan sejarah dan naratif penceritaan tentang kejadian masa lalu seperti teks Hikayat Raja-raja Pasai. Pengkaji juga dapati bahawa latarbelakang persekitaran, latar masa, situasi, keadaan sosio-politik setempat, budaya dan pengalaman hidup pengarang kitab-kitab tersebut memberi impak yang besar kepada pemikiran dan hasil penulisan karya mereka. Selain itu, terdapat juga pengaruh kitab-kitab tersebut kepada kehidupan masyarakat Melayu setempat pada waktu itu.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP174-190 The practice of Islam
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 30 Dec 2013 03:25
Last Modified: 30 Dec 2013 03:25
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4655
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year