UTHM Institutional Repository

Memartabatkan Pendidikan Vokasional: kesedaran terhadap peluang melanjutkan pengajian ke ILV dalam kalangan pelajar SMV di Negeri Johor

Abd Samad, Noorazman and Hassan, Razali and Daud, Daziemah (2013) Memartabatkan Pendidikan Vokasional: kesedaran terhadap peluang melanjutkan pengajian ke ILV dalam kalangan pelajar SMV di Negeri Johor. In: Seminar Kebangsaan Kali ke-4 Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2013 , 23-25 September 2013, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia .

[img]
Preview
PDF
45.pdf

Download (132kB)

Abstract

Di Malaysia, pelbagai Institut Latihan Voksional (ILV) telah dibangunkan untuk memberi peluang kepada pelajar terutamanya pelajar jurusan vokasional agar mereka dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Namun begitu, enrolmen pelajar ke ILV didapati kurang memuaskan. Justeru itu, kajian tentang tahap kesedaran dalam kalangan pelajar di SMV terhadap peluang melanjutkan pengajian ke ILV perlu diketahui. Seramai 329 orang pelajar Tingkatan 4 aliran vokasional dan 202 orang pelajar Tingkatan 4 aliran kemahiran di tiga buah sekolah menengah vokasional iaitu di Batu Pahat, Muar dan Kluang dipilih secara rawak memberikan respon dalam kajian ini. Set Soal selidik yang diadaptasi dari kajian lepas telah digunakan sebagai instrumen kajian. Analisis deskriptif dan inferensi telah dijalankan dengan menggunakan perisian Statistic Package of Social Science (SPSS) versi 16.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan tentang tahap kesedaran terhadap peluang melanjutkan pengajian ke ILV di mana Hnoll ditolak. Didapati pelajar tingkatan 4 aliran vokasional mempunyai pandangan yang positif terhadap masa depan mereka untuk menyambung pelajaran di ILV atau mana-mana pusat pengajian tinggi manakala pelajar dari aliran kemahiran melihat peluang mereka melanjutkan pelajaran adalah sangat tipis dan mengambil keputusan untuk menceburi bidang pekerjaan selepas tamat latihan. Peranan kaunselor dan ibubapa merupakan faktor penting dalam menentukan kerjaya pelajar disamping kemampuan pelajar dari aspek sosioekonomi mereka. Tanpa pendedahan maklumat dan promosi yang berkesan dari pihak ILV agak sukar bagi pelajar untk membuat keputusan yang tepat dalam memilih laluan kerjaya mereka.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: faktor dominan; Institut Latihan Vokasional; kesedaran; peluang
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC5201 Education extension. Adult education. Continuing education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Engineering Education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 21 Oct 2014 04:12
Last Modified: 04 Nov 2019 06:50
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4907
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year