UTHM Institutional Repository

Kecenderungan pelajar cemerlang akademik terhadap pemilihan bidang PTV

Jalil, Norhafizah (2014) Kecenderungan pelajar cemerlang akademik terhadap pemilihan bidang PTV. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
NORHAFIZAH_BT_JALIL.pdf

Download (717kB)

Abstract

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) memerlukan bakal graduan yang cemerlang dalam bidang akademik bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan profesional dalam mencapai Wawasan 2020. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kecenderungan pelajar-pelajar cemerlang akademik di sekolah-sekolah menengah harian dalam Daerah Batu Pahat berdasarkan aspek minat, kesediaan dan kesedaran terhadap pemilihan bidang PTV. Jumlah responden terlibat adalah seramai 114 orang pelajar yang memperoleh sekurang-kurangnya 7A dalam Peperiksaan Percubaan PMR 2013. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama dalam kajian ini. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 20.0. Analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan. Selain itu, analisis inferensi menggunakan pekali Korelasi Pearson turut digunakan bagi mengenal pasti hubungan antara ketiga-tiga aspek kecenderungan yang dikaji. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap minat, kesediaan dan kesedaran pelajar cemerlang akademik adalah tinggi terhadap pemilihan bidang PTV. Kesedaran merupakan aspek paling dominan berbanding minat dan kesediaan dalam pemilihan bidang PTV. Hasil kajian juga mendapati bahawa, terdapat hubungan yang signifikan antara aspek minat, kesediaan dan kesedaran pelajar cemerlang akademik untuk cenderung memilih bidang PTV sebagai bidang pengkhususan di peringkat pembelajaran yang lebih tinggi. Secara keseluruhannya, dapatan ini menunjukkan bahawa bidang PTV turut menjadi keutamaan pelajar cemerlang akademik lepasan PMR sebagai pilihan untuk ke peringkat pengajian seterusnya. Kajian ini diharapkan dapat memberi peluang yang lebih luas dan terbuka kepada golongan berkenaan dalam menentukan laluan pendidikan selanjutnya.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0008 Forms of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 14 May 2014 01:00
Last Modified: 14 May 2014 01:00
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5354
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year