UTHM Institutional Repository

Penglibatan dalam aktiviti kitar semula kertas terpakai dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Mohamad, Norhusna (2014) Penglibatan dalam aktiviti kitar semula kertas terpakai dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] PDF
NORHUSNA_BINTI_MOHAMAD.pdf

Download (592kB)

Abstract

Pada masa kini, isu alam sekitar merupakan masalah global dan universal yang perlu diberi perhatian serius terutama dalam penggunaan tong kitar semula kertas terpakai. Umumnya, masyarakat mempunyai kesedaran terhadap isu alam sekitar tetapi tahap penglibatan dan amalan penjagaan alam sekitar amatlah rendah. Kajian ini bertujuan untuk melihat penglibatan dalam aktiviti kitar semula kertas terpakai antara pelajar Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional (BBV) dan Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (MBV). Seramai 110 responden (23.2 peratus) dari keseluruhan populasi yang terdiri daripada kumpulan pelajar Sarjana Muda (BBV) dan Sarjana (MBV) di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Analisis data pada peringkat deskriptif menggunakan peratus pada setiap item, manakala analisis inferensi menguji hipotesis menggunakan ujian Chi-Square dan kemudian dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences Version 22.0 (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan penglibatan yang tinggi antara pelajar Sarjana Muda (BBV) dan Sarjana (MBV). Ujian hipotesis juga dilakukan untuk melihat kewujudan perbezaan pengetahuan dan amalan antara kedua-dua kursus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perbezaan pengetahuan pelajar mempunyai tahap signifikan α=0.05 pada item-item tertentu, manakala perbezaan amalan pelajar tiada menunjukkan pada tahap signifikan α=0.05 dari kedua-dua kursus, maka H Null (Ho) tidak ditolak. Bagi pendapat tatacara menambah baik amalan penerapan amalan kitar semula kertas terpakai pula, kedudukan paling tinggi adalah kekerapan mengadakan kempen secara berterusan. Kajian ini merumuskan bahawa penglibatan dalam kertas terpakai berada pada tahap tinggi. Namun begitu, bagi pengetahuan dan amalan pelajar adalah pada tahap sederhana. Justeru, kajian ini menyarankan usaha mempertingkatkan kesedaran supaya pelajar melibatkan diri dan mengamalkan penggunaan tong kitar semula di kawasan kampus bagi memelihara alam sekitar.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD785-812 Municipal refuse. Solid wastes
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 14 May 2014 01:03
Last Modified: 14 May 2014 01:03
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5355
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year