UTHM Institutional Repository

Kesedaran terhadap amalan keselamatan dalam kalangan pelajar di Makmal Kejuruteraan UTHM

Sallehuddin, Nur Fazreen (2013) Kesedaran terhadap amalan keselamatan dalam kalangan pelajar di Makmal Kejuruteraan UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] PDF
NUR_FAZREEN_BINTI_SALLEHUDDIN.pdf

Download (545kB)

Abstract

Seiring dengan wawasan 2020 dalam menghadapi arus pembangunan, proses perubahan struktur ekonomi negara dalam sektor perindustrian khususnya menuntut kepada penghasilan tenaga kerja yang mahir dalam memenuhi pasaran kerja tempatan. Justeru itu, kesedaran terhadap amalan keselamatan adalah amat penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan semasa bekerja di industri mahupun semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di makmal. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran terhadap amalan keselamatan di makmal kejuruteraan dalam kalangan pelajar yang merangkumi tiga aspek utama iaitu penguasaan pengetahuan amalan keselamatan, sikap pelajar terhadap amalan keselamatan dan penguasaan kemahiran pelajar terhadap amalan keselamatan semasa bekerja di makmal. Di samping itu, kajian ini juga ingin melihat perbezaan tahap kesedaran terhadap amalan keselamatan di makmal kejuruteraan dalam kalangan pelajar merentasi jantina. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi 40 item yang diedarkan kepada 368 orang responden. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar diploma dan sarjana muda di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dapatan data analisis adalah menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu kekerapan, skor min, peratusan, sisihan piawai dan ujian-T tidak bersandar dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan tahap kesedaran terhadap amalan keselamatan makmal dalam kalangan pelajar di makmal kejuruteraan adalah berada di tahap yang positif. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar wanita terhadap tahap kesedaran amalan keselamatan semasa bekerja di makmal kejuruteraan. Berdasarkan dapatan yang telah diperolehi, diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam mempertingkatkan lagi amalan keselamatan di makmal dari semasa ke semasa dan beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membantu kajian lanjutan pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > TJ1125-1345 Machine shops and machine shop practice
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 14 May 2014 02:29
Last Modified: 14 May 2014 02:29
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5357
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year