UTHM Institutional Repository

Tahap kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar kejuruteraan tahun akhir di Politeknik KPM

Pua, Poh Keong (2014) Tahap kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar kejuruteraan tahun akhir di Politeknik KPM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
PUA_POH_KEONG.pdf

Download (929kB)

Abstract

Dalam dunia yang semakin berkembang dengan pesat, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal sahaja tetapi juga kepada kemahiran insaniah agar pelajar mereka dapat menyesuaikan dan melengkapkan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama memiliki pelbagai kemahiran. Sehubungan dengan ini, kajian ini dilaksanakan adalah mengenal pasti tahap kemahiran insaniah dari segi komunikasi, menyelesaikan masalah secara kritis dan kerja berpasukan dalam kalangan pelajar kejuruteraan tahun akhir di Politeknik Premier Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada 350 orang pelajar diploma tahun akhir sesi 2013/2014 dari bidang kejuruteraan yang ada ditawarkan di Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Ibrahim Sultan. Kajian yang dijalankan adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan dimana untuk menjawab setiap persoalan kajian. Instrumen kajian yan digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi maklumat diri dan item elemen kemahiran insaniah. Data yang diperolehi dianalisis secara diskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kajian mendapati tahap kemahiran insaniah pelajar Politeknik Premier Malaysia berada pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan adalah 4.16, dimana aspek kemahiran komunikasi adalah 4.17, kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis adalah 4.15 dan kemahiran kerja berpasukan adalah 4.16. Untuk melihat perbezaan tahap kemahiran insaniah berdasarkan jantina, Ujian-t tidak bersandar digunakan dan hasil dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran insaniah bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Secara keseluruhannya, tahap kemahiran insaniah pelajar kejuruteraan tahun akhir di Politeknik Premier adalah tinggi berdasarkan persepsi dan ini telah membuktikan setiap pelajar menitikberat kemahiran insaniah agar mereka dapat bersaing di pasaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 14 May 2014 03:47
Last Modified: 03 Aug 2020 07:55
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5359
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year