UTHM Institutional Repository

Pembangunan kemahiran kerja berpasukan menerusi kursus pengurusan kokurikulum dalam kalangan pelajar sarjana pendidikan teknik dan vokasional UTHM

Masud, Mohd Akmal (2013) Pembangunan kemahiran kerja berpasukan menerusi kursus pengurusan kokurikulum dalam kalangan pelajar sarjana pendidikan teknik dan vokasional UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
MOHD_AKMAL_BIN_MASUD.pdf

Download (617kB)

Abstract

Kemahiran kerja berpasukan merupakan salah satu kriteria yang diperlukan oleh majikan untuk graduan mendapatkan peluang pekerjaan yang tinggi. Walau bagimanapun, didapati graduan kurang menguasai kemahiran kerja berpasukan menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pekerjaan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana kemahiran kerja berpasukan dapat dibangunkan menerusi kursus Pengurusan Kokurikulum dalam kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional UTHM. Melalui kajian ini, penyelidik ingin mengenal pasti elemen kemahiran kerja berpasukan yang diterapkan menerusi kursus Pengurusan Kokurikulum dan kesedaran serta penguasaan pelajar terhadap elemen tersebut. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian kes yang melibatkan 26 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional yang mengikuti kursus Pengurusan Kokurikulum pada semester 2 sesi 2012/2013. Penyelidik menggunakan empat jenis instrumen iaitu dokumen, pemerhatian, temubual dan soal selidik. Data daripada soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for Social Sciences Windows 17 (SPSS 17). Hasil kajian ini menunjukkan kemahiran kerja berpasukan diterapkan, disedari dan dikuasai oleh pelajar Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional menerusi kursus Pengurusan Kokurikulum. Walau bagaimanapun, elemen membina hubungan baik, berinteraksi dan bekerja secara efektif bersama ahli kumpulan untuk mencapai objektif yang sama kurang dikuasai oleh pelajar Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Penyelidik mencadangkan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah jigsaw bagi membangunkan lagi kemahiran kerja berpasukan pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 14 May 2014 04:16
Last Modified: 14 May 2014 04:16
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5368
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year