UTHM Institutional Repository

Pelaksanaan transformasi program pendidikan asas vokasional di sekolah menengah kementerian pelajaran Malaysia

Roslan, Nor Effyza (2013) Pelaksanaan transformasi program pendidikan asas vokasional di sekolah menengah kementerian pelajaran Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
NOR_EFFYZA_BTE_ROSLAN.pdf

Download (719kB)

Abstract

Transformasi Program Pendidikan Asas Vokasional adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk melihat aspek-aspek penting dalam menuju ke arah Transformasi Program Pendidikan Asas Vokasional iaitu kerelevanan kurikulum, penilaian dan pengambilan pelajar. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif berbentuk kajian deskriptif jenis tinjauan sampel yang melibatkan 135 orang tenaga pengajar di 20 buah Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah dipilih untuk program Pendidikan Asas Vokasional dan sekolah menengah di Daerah Batu Pahat dengan menggunakan instrumen soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi kurikulum ialah 3.89 iaitu berada pada tahap tinggi. Ini bermaksud kurikulum yang dibangunkan di sekolah PAV ini adalah sangat relevan dan memenuhi hasrat kerajaan iaitu ingin melahirkan pekerja yang mempunyai kemahiran dan memenuhi kehendak pasaran. Manakala min keseluruhan bagi penilaian juga di tahap yang tinggi iaitu 3.95.dan ini bermaksud kaedah penilaian yang digunakan di sekolah PAV seperti tugasan projek, portfolio dan ujian amali adalah lebih sesuai dan dapat membantu pelajar untuk lulus serta memudahkan tenaga pengajar untuk menilai prestasi pelajar. Seterusnya, aspek dalam pengambilan pelajar menunjukkan pekali korelasi pada 0.374 iaitu kekuatan korelasi adalah lemah. Ini membuktikan hipotesis null ditolak dan menunjukkan terdapat hubungan antara pengambilan pelajar dengan kurikulum di sekolah PAV. Oleh itu, dikemukakan model pelaksanaan Transformasi Program Pendidikan Asas Vokasional dan beberapa cadangan bagi menjayakan hasrat kerajaan ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 14 May 2014 04:20
Last Modified: 14 May 2014 04:20
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5370
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year