UTHM Institutional Repository

Pengaruh iklim organisasi ke atas prestasi kerja guru di kolej vokasional

Eh Tem, Wan Na (2013) Pengaruh iklim organisasi ke atas prestasi kerja guru di kolej vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
WAN_NA_EH_TEM.pdf

Download (697kB)

Abstract

Kajian penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji tahap setiap pemboleh ubah dan pengaruh iklim organisasi ke atas prestasi kerja di kalangan guru yang mengajar di Kolej Vokasional. Daripada 300 borang soal selidik yang diedarkan, sebanyak 188 borang bersamaan dengan 62.27% yang dikembalikan. Kajian ini dijalankan ke atas guru di dua buah Kolej Vokasional, yang mewakili dua zon di Malaysia, iaitu Zon Timur dan Zon Selatan. Dua buah Kolej Vokasional tersebut ialah Kolej Vokasional Pengkalan Chepa dan Kolej Vokasional Kluang. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik berskala likert lima mata. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science versi 19.0. Statistik deskriptif dengan melibatkan skor min menunjukkan kebanyakan responden mempunyai persepsi terhadap prestasi kerja di tahap yang tinggi berbanding iklim organisasi iaitu 3.97. Analisis Korelasi Pearson bagi statistik inferensi digunakan untuk mengkaji perkaitan dan hubungan antara setiap pemboleh ubah tidak bersandar iaitu iklim organisasi dengan pemboleh ubah bersandar iaitu prestasi kerja.Dapatan kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang sederhana kuat di antara enam elemen dalam iklim organisasi dengan prestasi kerja iaitu 0.35. Nilai kolerasi tertinggi bagi elemen piawaian iaitu 0.491 diikuti identiti 0.438,hubungan mesra 0.364,struktur 0.283,ganjaran 0.274,dan sokongan 0.227. Elemen tanggungjawab iklim organisasi tidak mempunyai kaitan atau dengan kata lain hubungan songsang dengan prestasi kerja iaitu 0.003(-). Iklim organisasi secara keseluruhannya mempunyai hubungan yang signifikan positif dengan prestasi kerja

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 14 May 2014 04:47
Last Modified: 14 May 2014 04:47
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5379
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year