UTHM Institutional Repository

Tahap penguasaan kemahiran pemikiran kritis dalam kalangan pelajar kejuruteraan dan hubungannya dengan pencapaian pelajar

Wan Mamat, Wan Norehan (2013) Tahap penguasaan kemahiran pemikiran kritis dalam kalangan pelajar kejuruteraan dan hubungannya dengan pencapaian pelajar. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
WAN_NOREHAN_BINTI_WAN_MAMAT.pdf

Download (630kB)

Abstract

Kemahiran Pemikiran Kritikal merupakan kemahiran yang sangat penting dalam semua profesion. Ini ditegaskan dalam Cornell Critical Thinking Skills (1989) yang menegaskan kepentingan untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir di dalam kurikulum di peringkat pengajian tinggi. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritis dalam kalangan pelajar kejuruteraan dan hubungannya dengan pencapaian pelajar. Seramai 317 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada 151 orang pelajar lelaki dan 166 orang pelajar perempuan dari tiga fakulti kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Pelajar yang terlibat dalam kajian ini berumur antara 19 hingga 26 tahun. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Instrumen Kemahiran Pemikiran Kritikal Malaysia (Malaysian Critical Thinking Skills Instrument - MyCT) iaitu ia dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Prof. Datin Dr. Siti Rahayah Ariffin. Instrumen ini mengandungi 61 item. Bentuk kajian yang dijalankan berbentuk kajian tinjauan menggunakan kaedah soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS versi 16.0 iaitu statistik deskriptif seperti min, sisihan lazim dan peratusan serta statistik inferensi Mann-Whitney U dan Korelasi Spearman’s Rho. Dapatan kajian menunjukkan Tahap penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritis pelajar kejuruteraan di UTHM secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana (57.76%). Melalui analisis ujian Mann-Whitney U ia menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran pemikiran kritis (Taakulan, Analitikal dan logik, Kecenderungan dan Andaian) antara pelajar lelaki dan perempuan. Analisis korelasi Spearman’s Rho dua hujung menunjukkan terdapat pertalian yang bererti antara pencapaian CPA terkini pelajar dengan tahap kemahiran pemikiran kritis (Taakulan, Analitikal dan logik, Kecenderungan dan Andaian) pada aras 0.05. Walau bagaimanapun nilai kofisien korelasi menunjukkan perkaitan yang sangat lemah. Dapatan kajian ini memberikan implikasi bahawa proses P&P perlu memberikan penekanan kepada proses penerapan kemahiran berfikir agar pelajar dapat meningkatkan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis mereka.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 14 May 2014 04:48
Last Modified: 14 May 2014 04:48
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5380
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year