UTHM Institutional Repository

Kajian sifat mekanikal papan serpai berlapis yang mengandungi habuk kayu gergaji

Jaafar, Azman and Mat Seman, Ahmad Shakri (2009) Kajian sifat mekanikal papan serpai berlapis yang mengandungi habuk kayu gergaji. Journal of Science and Technology, 1 (1). pp. 73-83. ISSN 1985-8809

[img] PDF
JST_Vol1_F6.pdf

Download (780kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan sifat mekanikal papan serpai berlapis yang diperbuat dari habuk kayu gergaji dan polietilena. Perbandingan dengan papan serpai homogen turut dijalankan. Dalam kajian ini, habuk kayu gergaji dari spesis kayu tropika seperti meranti, keruing, kapur dan bintangor digunakan sebagai bahan mentah utama dalam pengeluaran papan serpai dengan sasaran ketumpatan 750 kg/m3. Struktur papan serpai homogen dibuat dengan satu saiz partikel iaitu 0.6mm–1.18mm, manakala papan serpai berlapis diperbuat dengan 2 saiz partikel iaitu 0.6 mm–1.18mm di bahagian permukaan atas dan bawah manakala 1.18mm–2.36mm pada bahagian tengah. Papan serpai berlapis membentuk 3 lapisan dengan nisbah ketebalan 25:50:25 (ketumpatan sisi). Urea formaldehid digunakan sebagai bahan perekat sebanyak 12% pada saiz habuk kayu 0.6 mm-1.18mm untuk papan serpai homogen, manakala 12 % pada saiz 0.6–1.18mm dan 9% pada saiz 1.18–2- .36mm untuk papan serpai berlapis, pengeras 3% dan lilin 1%. Peratus polietilena digunakan pada kadar yang sama kepada papan serpai homogen dan berlapis iaitu (0%, 10%, 20%, 30%, 40%). Hasil kajian mendapati, 70% habuk kayu gergaji dan 30% polietilena adalah kadar optimum bagi menghasilkan papan serpai berlapis yang memenuhi piawaian BS EN (British and European Standard) kecuali modulus kekenyalan dan kehancuran, di mana kekuatannya x40%-50% daripada keperluan sebenar. Walau bagaimanapun, papan serpai ini sesuai untuk kegunaan produk dalaman yang bebas dari tekanan seperti siling, sesekat atau lain-lain.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: papan serpai homogen; papan serpai berlapis; habuk kayu gergaji; polietilena
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA401-492 Materials of engineering and construction. Mechanics of materials
Divisions: Faculty of Civil and Environmental Engineering > Department of Structural and Material Engineering
Depositing User: Nurhafiza Hamzah
Date Deposited: 20 Apr 2011 04:13
Last Modified: 29 Apr 2011 06:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/540
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year