UTHM Institutional Repository

Penilaian integriti struktur robi test bed (road bridge interface test bed) di atas tanah lembut

Md Zain, Rasimah (2013) Penilaian integriti struktur robi test bed (road bridge interface test bed) di atas tanah lembut. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
RASIMAH_BINTI_MD_ZAIN.pdf

Download (1MB)

Abstract

Masalah mendapan kini kian menjadi isu utama apabila pembinaan dijalankan di atas struktur tanah lembut. Beberapa jenis tanah boleh dikelaskan sebagai tanah lembut iaitu tanah gambut, tanah liat dan tanah organik. Pembinaan di atas tanah jenis ini mengundang kesukaran dan menimbulkan pelbagai masalah kerana tanah lembut adalah kurang stabil dan mengalami pengukuhan primer serta pengukuhan jangka panjang apabila penambahan bebanan yang berterusan. Dalam kajian ini, integriti struktur binaan RoBI (Road-Bridge Interface) dikaji untuk menghubungkaitkan parameter seperti mendapan, aras air bawah tanah dan ciri tanah liat lembut. Struktur RoBI telah dibina di Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS) Malaysia di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi menjalankan ujian berkaitan jambatan dan jalanraya pada masa hadapan. Ujian geoteknikal terhadap tanah dilakukan pada tempoh awal pemantauan. Manakala ujian integriti tanpa musnah ke atas RoBI dijalankan selama tiga belas (13) bulan yang melibatkan pemantauan mendapan struktur RoBI, pemantauan aras, aras air permukaan, taburan hujan dan suhu persekitaran. Jenis pengukuhan tanah pada sekitar struktur RoBI ini dikategorikan sebagai pengukuhan primer (pekali pengukuhan, Cv=0.08 m2/tahun) dan masih berlaku pengukuhan tetapi dalam kadar yang sangat perlahan. Hasil kajian juga telah menunjukkan bahawa tahap (rating) penilaian struktur RoBI ini ialah 7 berdasarkan piawaian National Bridge Inspections Standards (NBIS) dan 2 berdasarkan piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia. Secara kesimpulannya, struktur RoBI Test Bed ini sudah mencapai tahap integriti yang baik dan sedia digunakan bagi sebarang ujian berkaitan jambatan dan jalanraya. Melalui kajian ini, struktur RoBI ini dapat dijadikan sebagai tapak ujian yang paling ideal untuk sebarang pengujian yang berkaitan jambatan dan jalanraya bagi penyiasatan fenomena mendapan di atas tanah lembut pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: mendapan; tanah lembut; RoBI; aras air permukaan
Subjects: T Technology > TG Bridge engineering
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 08 Jul 2014 07:59
Last Modified: 08 Jul 2014 07:59
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5452
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year