UTHM Institutional Repository

Morel dan pengaruhnya terhadap motivasi dan komitmen di kalangan anggota Tentera Darat Malaysia

Johari, Mohammad Daud (2013) Morel dan pengaruhnya terhadap motivasi dan komitmen di kalangan anggota Tentera Darat Malaysia. PhD thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
MOHAMMAD_DAUD_BIN_HJ_JOHARI.pdf

Download (1MB)

Abstract

Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengalami transformasi yang drastik dari segi pemodenan persenjataan dan juga pembangunan sumber manusia bagi mencapai matlamat untuk menjadikan TDM sebagai sebuah angkatan yang kredibel, versatil dan mampu melaksanakan sebarang operasi dengan berkesan dan efisyen. Untuk mencapai matlamat tersebut penekanan terhadap aspek ’intangible’ seperti morel, motivasi dan komitmen amatlah perlu dititikberatkan di kalangan semua peringkat kepimpinan dan anggota TDM. Walaupun mempunyai perancangan sumber manusia yang jelas, didapati bilangan kes pelanggaran disiplin yang melibatkan anggota TDM semakin meningkat. Justeru itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap morel di kalangan anggota TDM dan menguji sejauh mana morel mempengaruhi motivasi dan komitmen mereka dalam menentukan kecemerlangan TDM. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik berstruktur yang dibentuk berdasarkan pelbagai kajian terdahulu. Responden kajian telah dipilih menggunakan kaedah rawak berstrata yang melibatkan 525 anggota TDM dari empat kawasan iaitu Divisyen Utara (Kawasan Utara Semenanjung Malaysia), Divisyen Tengah (Kawasan Tengah Semenanjung Malaysia), Divisyen Selatan (Kawasan Selatan Semenanjung Malaysia) dan Divisyen Malaysia Timur (Kawasan Sabah dan Sarawak). Data yang diperolehi melalui borang soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science (SPSS)’. Hasil kajian mendapati keseluruhan tahap morel di kalangan anggota TDM berada pada kedudukan yang tinggi dengan nilai purata 4.18. Pengkelasan min bagi kelima-lima item dalam bahagian morel berada di antara 4.03 ke 4.33 dan sisihan piawaian pula melebihi paras 0.6. Di antara kelima-lima pengukuran morel yang diuji didapati keghairahan menunjukkan tahap yang paling rendah dengan nilai purata min 4.03. Manakala kerohanian pula berada di kedudukan yang paling tinggi dengan nilai purata min 4.33. Walau bagaimanapun motivasi anggota-anggota TDM berada di paras yang selesa dengan nilai purata 4.12. Terdapat tiga faktor luaran berada di paras sederhana tinggi iaitu tugas (3.27), gaji (3.55) dan tempat tinggal (3.88). Faktor dalaman berada di paras sederhana tinggi iaitu sikap (3.77). Komitmen di kalangan anggota TD pula berada di tahap tinggi (3.9). Melalui ujian hipotesis yang dilakukan, pengaruh morel terhadap motivasi adalah pada kedudukan yang boleh diterima dan mempunyai perkaitan iaitu pada kadar .727 dan pengaruh morel dengan komitmen juga terdapat perkaitan dengan nilai kesahan .601. Kajian ini menunjukkan terdapat perkaitan antara morel, motivasi dan pengaruh komitmen dalam menentukan kecemerlangan TDM. Diharap penemuan ini dapat memberi input kepada pihak pengurusan TDM dan seterusnya membuat perancangan strategik sumber manusia berasaskan pentadbiran trilogi perlakuan (man, machine and method) agar ianya selari dengan halatuju dan transformasi TDM.

Item Type: Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords: morel; pengaruh; motivasi; komitmen; Tentera Darat Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF501-505 Motivation
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 22 May 2014 04:50
Last Modified: 22 May 2014 04:50
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5467
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year