UTHM Institutional Repository

Pemodelan kotak perlanggaran fungsi bahan bergred berasaskan aluminium untuk rekabentuk perlindung laga

Zainal Abidin, Mohamad Rusydi (2014) Pemodelan kotak perlanggaran fungsi bahan bergred berasaskan aluminium untuk rekabentuk perlindung laga. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
MOHAMAD_RUSYDI_BIN_ZAINAL_ABIDIN.pdf

Download (1MB)

Abstract

Di dalam kajian ini, simulasi hentaman kotak perlanggaran fungsi bahan bergred aluminum (Al FGM) yang dihasilkan melalui kaedah rawatan haba bagi menentukan daya maksimum dan tenaga yang mampu diserap dijalankan. Kotak perlanggaran Al FGM dihasilkan dengan mengenakan suhu yang berbeza pada kedua-dua hujung tiub Al berkeratan rentas empat segi sama selama 4 jam. Perbezaan suhu rawatan haba yang dialami di sepanjang tiub Al menyebabkan perubahan mikrostruktur di sepanjang ketinggiannya. Perubahan mikrostruktur ini menyebabkan sifat mekanik bahan tiub Al berubah secara berterusan bagi menghasilkan kotak perlanggaran Al FGM. Sifat bahan pada sebarang titik di sepanjang ketinggian kotak perlanggaran Al FGM ditentukan berdasarkan taburan suhu dan data ujikaji. Kaedah interpolasi Lagrange digunakan untuk meramalkan perubahan sifat bahan pada sebarang titik di sepanjang ketinggian kotak perlanggaran Al FGM. Seterusnya, simulasi ujian bebanan kuasi-statik dan dinamik ke atas model kotak perlanggaran Al FGM dijalankan. Lima model kotak perlanggaran iaitu FGM0, FGM1, FGM2, FGM3 dan FGM4 yang masing-masing dikenakan suhu rawatan haba yang berbeza pada 25, 500, 520, 540 dan 560 °C dikaji. Hasil simulasi ujian bebanan kuasi-statik menunjukkan kotak perlanggaran FGM1 mempunyai daya maksimum iaitu 97.515 kN dan tenaga resapan tentu yang terbaik kerana mampu menyerap tenaga yang tinggi. Manakala bagi ujian bebanan dinamik pula, kotak perlanggaran FGM3 mencatatkan daya maksimum yang tertinggi iaitu 59.379 kN. Tenaga serapan maksimum yang mampu diserap oleh FGM1 ini adalah sebanyak 24.059 kJ/kg iaitu yang tertinggi berbanding kotak pelanggaran lain. Secara keseluruhan, kotak perlanggaran fungsi bahan bergred adalah lebih baik berbanding kotak perlanggaran seragam.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA401-492 Materials of engineering and construction. Mechanics of materials
Depositing User: Normajihan Abd. Rahman
Date Deposited: 27 May 2014 02:41
Last Modified: 19 Jul 2020 02:41
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5500
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year